Khamis, 30 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Cederakan kemaluan isteri sebelum setubuh

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

Cederakan kemaluan isteri sebelum setubuh KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan mencederakan kemaluan isterinya ketika ingin melakukan seks di rumah mereka.

Tertuduh berumur 28 tahun dari Felda Bukit Goh tidak mengaku bersalah selepas dua kali pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Nuradidah Ahmad.

Dia dituduh menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di sebuah rumah di Lorong Bukit Goh 4, Felda Bukit Goh di sini antara kira-kira jam 12 tengah malam dan 3 pagi pada 21 April lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara maksima lima tahun.

Hakim menetapkan ikat jamin RM7,000 dan sebutan kes itu pada 25 Julai depan.

Nuradidah turut memberikan syarat tambahan jika jaminan dibayar, tertuduh tidak boleh menghubungi, menghampiri dan kembali ke rumah isterinya, di samping meminta tertuduh mendapatkan peguam bela.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah itu.

Di luar mahkamah, tertuduh yang memakai kemeja-T merah dan berseluar jeans biru, tersenyum ketika wajahnya dirakam jurugambar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan disaran baiki sistem hak penjagaan anak

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan disaran baiki sistem hak penjagaan anak KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa memperbaiki sistem sedia ada berhubung hak penjagaan anak bagi mengelakkan berlakunya kes anak dilarikan ibu bapa yang bercerai.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhamad Khairun Aseh berkata, perkara itu perlu diberi perhatian kerana tiada peruntukan undang-undang khusus membolehkan kerajaan mengambil tindakan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkaitan kes terbaru melibatkan seorang kontraktor, Tan Eng Keong, 31, yang mendakwa kehilangan anak, Tan Xin Ru, 8, selepas dilarikan bekas isteri warga Indonesia ke Batam, Indonesia walaupun mahkamah memberi perintah mengarahkan kanak-kanak itu di bawah jagaannya pada 2007.

"Kes ini berterusan dan kita perhatikan ada ruang untuk kerajaan memperbaiki kerana tiada kuasa undang-undang spesifik berhubung penculikan oleh ibu bapa.

"Saya menggesa kerajaan perlu 'jenayahkan' perbuatan seperti ini kerana ia menghina mahkamah dan pihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa," katanya pada sidang media di pejabat biro itu, di sini, semalam.

Muhamad Khairun Aseh berkata, biro itu cuba membantu Eng Keong supaya dia dapat bertemu kembali anaknya yang terpisah hampir dua tahun.

Menurutnya, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mendapat waran tangkap sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam perkembangan kes itu, Eng Keong berkata, bekas isterinya sering datang ke negara ini untuk bertemu dengan Xin Ru.

Katanya, wanita itu berbincang dengannya untuk membawa pulang Xin Ru ke Batam untuk bertemu keluarganya dan membawanya ke Batam pada 21 November 2008 tetapi kemudian kanak-kanak itu ditinggalkan di sana.

"Antara tempoh November 2008 hingga Januari 2009 saya beberapa kali ke Batam untuk mengambilnya semula tetapi bekas isteri meminta kebenaran mahu menjaganya.

"Bagaimanapun, pada 6 Februari 2009 ketika saya ke rumahnya, mereka sudah tiada malah keluarganya seolah-olah menyembunyikan mereka," katanya.

Menurutnya, dia membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di Butterworth dan Batam masing-masing pada 13 dan 22 Februari 2009.

Bagaimanapun, dia berpeluang bertemu anaknya pada 24 Mac lalu di Balai Polis Kota Besar Balerang, Batam.

"Saya hanya berpeluang bertemunya selama kira-kira empat jam, ketika dia dalam pelukan ibunya.

"Saya sangat rindu dan berharap dapat membawa pulang dia seperti dalam perintah mahkamah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved