Khamis, 30 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Realisasi skim miliki kediaman

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

Realisasi skim miliki kediaman SHAH ALAM – Kerajaan Negeri bakal merealisasikan Skim Pemilikan Kediaman Persendirian kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan awal Jun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan memulakan program itu di Kampung Bukit Sungai Putih di Mukim Ampang Daerah Hulu Langat pada 2 Julai ini.

"Di sana, kita akan menyerahkan borang 5A dan mereka boleh memiliki tanah terbabit dengan membayar premium dan premium yang kita kenakan kali ini iaitu dengan membayar RM1,000 atau menyerahkan kesemua premium seperti dulu.

"Ini permulaan program dalam usaha merakyat ekonomi supaya semua masyarakat di negeri Selangor mempunyai kebolehan untuk memiliki tanah ataupun meningkatkan semula pajakan mereka kepada 99 tahun," katanya.

Dalam pada itu menurutnya, 5 Julai depan Kerajaan Negeri akan mengadakan satu seminar mengenai rumah mampu milik yang difikirkan sesuai untuk rakyat negeri Selangor.

Awal Jun lalu, beliau mengumumkan rakyat Selangor yang tidak mampu menjelaskan keseluruhan premium tanah boleh menjadi pemilik hartanah sah dengan hanya membayar RM1,000 melalui skim terbabit.

Abdul Khalid berkata, skim yang diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 1 Jun itu bertujuan memudahkan rakyat Selangor memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel.

Menurutnya, mereka yang memilih cara ini hanya perlu menjelaskan keseluruhan premium (mengikut harga semasa) jika hartanah itu dipindah milik atau dijual.

Beliau berkata, skim yang berkuat kuasa 1 Jun itu hanya ditawarkan kepada satu pegangan hak milik kediaman persendirian sahaja dan tidak boleh dipakai untuk hartanah komersil.

"Skim ini memberi peluang kepada mereka yang membayar premium penuh dalam tempoh enam bulan dari tarikh notis dikeluarkan untuk diberikan diskaun 30 peratus secara automatik.

"Ia boleh dipakai untuk permohonan pemberimilikan baharu, pemberimilikan disebabkan oleh tamat tempoh pajakan, lanjutan tempoh pajakan dan pemutihan langgar syarat kegunaan tanah. Bagaimanapun pindah milik melalui mahkamah, turun milik dan perwarisan adalah dibenarkan," katanya kepada Sinar Harian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved