Khamis, 30 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Usaha cari remaja hilang gagal

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

Usaha cari remaja hilang gagal HULU TERENGGANU – Usaha mencari dan menyelamat seorang remaja dikhuatiri hilang ketika memancing Jumaat lalu di kawasan hutan Terengganu Mati yang memasuki hari keenam, semalam, masih belum berjaya menemui mangsa, Mohd Aizat Mat Hussain, 15, dari Paloh 3, Gua Musang, Kelantan.

Malah, operasi secara bersepadu dilakukan secara besar-besaran berakhir jam 6 petang itu membabitkan 30 anggota bomba dan penyelamat, tiga anggota polis serta 60 penduduk daripada Felda berhampiran yang turut melakukan sembahyang hajat di kawasan berpasir berhampiran lokasi.

Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat, PBK I Mohd Zazuli Badru berkata, operasi hari keenam tersebut diadakan secara besar-besaran berbanding beberapa hari sebelum ini dan usaha bukan sahaja melibatkan lokasi kejadian tetapi juga dalam jarak 30 kilometer melalui sungai.

"Operasi hari pertama dan kedua operasi melibatkan kawasan darat iaitu sekitar satu kilometer daripada lokasi kejadian.

"Manakala, pada hari ketiga kita turut melakukan operasi di kawasan lokasi dan dalam sungai iaitu membabitkan jarak dua kilometer daripada tempat kejadian," katanya.

Mohd Zazuli berkata, pada hari keempat mereka meneruskan operasi mencari dan menyelamat melibatkan kawasan lokasi serta sungai iaitu sejauh 15 kilometer daripada tempat kejadian.

"Manakala, bagi operasi kelima, kita adakan operasi membabitkan kawasan sungai sekitar lokasi.

"Hari ini (semalam) iaitu hari keenam kita adakan secara lebih menyeluruh iaitu sejauh 30 kilometer melalui sungai dan di kawasan lokasi serta jarak keseluruhan sungai ialah 36 kilometer, bagaimanapun mangsa masih gagal ditemui.

"Kita tidak menolak andaian berkemungkinan besar mangsa terjatuh ke dalam air akibat tergelincir ketika memancing. Operasi mencari dan menyelamat ini dijadualkan akan ditutup esok namun sekiranya mangsa ditemui oleh orang awam iaitu orang kampung, operasi akan dibuka kembali," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian di lokasi kejadian semalam yang memakan masa perjalanan di dalam hutan kira-kira dua jam dan tinjauan mendapati penduduk kampung mangsa turut membantu usaha mencari serta melakukan solat hajat.

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan laporan berkaitan remaja dikhuatiri hilang Jumaat lalu ketika memancing di kawasan hutan Terengganu Mati bersama tiga yang lain selepas hanya joran serta selipar miliknya sahaja dijumpai atas batu berhampiran lokasi dia dikatakan memancing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved