Khamis, 30 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Siasat dalang poster

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

Siasat dalang poster GEORGETOWN - Kerajaan Negeri mengutuk tindakan provokasi pihak tertentu mengugut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) selain cubaan merosakkan imej kepimpinan Kerajaan Negeri dengan menampal poster berbaur hasutan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, tindakan yang dilakukan itu bukan sahaja mengancam keselamatan pemimpin PR malah merosakkan harta benda awam.

"Saya mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu kerana cuba mencemar dan merosakkan harta benda swasta termasuk premis pejabat dengan menampal poster.

"Ia bermotifkan politik dan saya harap pihak berkuasa boleh mengambil tindakan wajar," katanya ketika diminta mengulas ratusan poster ditampal di sekitar kawasan Komtar yang memaparkan gambarnya dan lambang swastika.

Selain itu, pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik yang terletak di Jalan Seratus Tahun, turut menjadi mangsa apabila pintu dan papan tanda pejabatnya disimbah cat berwarna hijau.

Turut terlibat kediaman Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng di Taman Sri Rambai yang disimbah cat berwarna hijau dan bangkai ayam digantung di pintu pagar rumah awal pagi semalam.

Sehubungan itu, Guan Eng menggesa polis melakukan siasatan.

Menurutnya, tindakan itu adalah provokasi melampau yang boleh mengancam keselamatan wakil rakyat PR.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved