Khamis, 30 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Operasi basmi kutu rayau

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

Operasi basmi kutu rayau IPOH – Seramai 44 individu ditahan dalam Operasi bersepadu bersama agensi-agensi kerajaan membanteras kutu rayau, ulat parkir haram dan orang gelandangan diketuai oleh pihak Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI), di tujuh kawasan 'hot spot' di sekitar bandar raya semalam.

Pegawai Perlesenan Dan Penguatkuasaan MBI, Abdul Halim Saad berkata, operasi berkenaan dilakukan di tujuh kawasan 'hot spot' seperti sekitar Pasar Besar Ipoh, Jalan Leong Sing Nam, Jalan Mustaffa Al-Bakri, Jalan Theathre, Jalan Dato' Onn Jaafar, Jalau Yau Tet Sin dan di sekitar kawasan Ipoh River Front.

Menurutnya, operasi dilakukan bagi menangani beberapa isu yang sering diadukan orang awam terhadap golongan itu yang semakin berleluasa.

"Ini termasuk aduan terhadap kewujudan golongan ulat-ulat parkir haram termasuk kehadiran individu yang merayau-rayau hingga mengakibatkan rasa kurang selesa.

"Ada juga yang didakwa memeras ugut orang awam dan perkara ini sememangnya perlu ditangani bagi menjamin keselesaan serta keselamatan orang ramai," katanya.

Difahamkan, mereka yang ditahan dalam operasi yang bermula sekitar 9.45 pagi hingga 11.30 pagi itu berusia antara 20 hingga 60 tahun termasuk seorang wanita serta seorang remaja berusia 16 tahun.

Terdahulu, Abdul Halim berkata, semua individu yang ditahan akan menjalani pemeriksaan teliti daripada semua agensi-agensi yang terlibat.

Katanya, jika ada antara mereka positif ujian saringan air kencing yang dilaksanakan AADK, mereka akan ditahan untuk tindakan lanjut.

"Bagi mereka yang benar-benar didapati 'bergelandangan' atau tidak memiliki kediaman pula akan diserahkan kepada pihak JKM untuk tindakan lanjut, " katanya.

Sementara itu, Abdul Halim berkata, operasi berkenaan adalah yang pertama diketuai pihak MBI pada tahun ini.

Katanya, MBI pernah melaksanakan operasi bersama agensi-agensi lain sebelum ini, khususnya yang diketuai JKM.

"Kita akan terus laksanakan operasi seperti ini dari semasa ke semasa untuk pastikan kawasan-kawasan 'hotspot' di sekitar bandar raya ini dapat dikawal," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved