Khamis, 30 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


‘Saya tidak sokong mana-mana parti politik’

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

'Saya tidak sokong mana-mana parti politik' AMPANG – Pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, atau Wardina menjelaskan beliau tidak mengetahui Program Karnival Mesra Rakyat di Desa Mentari, Petaling Jaya, 26 Jun lalu anjuran sebuah parti politik.

Wardina berkata, kehadirannya pada majlis terbabit atas jemputan memintanya memberi ceramah berkaitan keibubapaan.

"Saya tidak menyokong mana-mana parti politik. Saya sepatutnya hadir pada sebelah siang tetapi disebabkan sibuk dengan aktiviti lain, saya dijemput menghadiri pada sebelah malamnya.

"Dalam jemputan itu, saya diminta memberi ceramah mengenai institusi kekeluargaan tanpa dimaklumkan majlis berkenaan adalah anjuran pertubuhan politik termasuk kehadiran wakil rakyat pembangkang," katanya di Kelab Darul Ehsan di sini, semalam.       

Wardina berkata demikian bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Hadir sama, peguamnya Muhammad Hanif Harun dan Iylia Iqbal Ibrahim.

Wardina berkata, sewaktu dia tiba di majlis itu kelihatan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan dia telah diminta duduk sebelah wakil rakyat terbabit.

"Pada majlis itu, saya hanya sempat memberi ceramah kira-kira sepuluh minit dan sebelum acara tamat, saya terus meninggalkan majlis selepas mendapat sedikit bayaran daripada pihak penganjur," ujarnya.

Menurutnya, lebih memalukan gambar silamnya yang tidak bertu-dung disiarkan di beberapa blog

Saya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel dan gambar lama ketika tidak berhijab tidak dikeluarkan segera daripada blog berkenaan.

"Saya sudah lama berubah, berilah ruang kepada artis seperti kami yang sudah dan ingin berubah ke arah kebaikan melakukan perkara baik," katanya.

Wardina berkata, tekanan yang berlaku disebabkan insiden berkenaan membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan berehat daripada menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 selama dua bulan.

"Tidak dinafikan perkara itu memberi sedikit tekanan, itu adalah keputusan sendiri, bukan hukuman daripada TV3," katanya.

Sementara itu, peguamnya Iylia Iqbal Ibrahim meminta pemilik blog berkenaan mengeluarkan segera artikel dan gambar Wardina sekiranya tidak mahu tindakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenyataan Hillary ancam misi Flotilla

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kenyataan Hillary ancam misi Flotilla KUALA LUMPUR – Kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton membenarkan Israel mengancam misi kemanusiaan Freedom: Flotilla, Life Line For Gaza (LL4G) daripada memasuki perairan Gaza disangkal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurutnya, semua pihak perlu menyokong bantuan dihulurkan bagi menyelamatkan 1.5 juta penduduk Gaza yang menghadapi kesesakan hidup di negara sendiri.

"Walaupun AS adalah rakan sekutu Malaysia, kami tetap tidak bersetuju tindakan negara berkenaan yang berbuat demikian sehingga memberi ancaman kepada Flotilla.

"Kami menyokong usaha dilakukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin. Mereka berhak mendapat bantuan masyarakat dunia," katanya di lobi Parlimen, semalam.

Terdahulu, Mohamed Nazri menerima memorandum daripada ahli LL4G Malaysia yang mencadangkan empat resolusi membantah ancaman terhadap Flotilla dan rakyat Gaza untuk diusulkan kepada Kesatuan Inter Parlimen (IPU).

Mohamed Nazri berkata, beliau memberi jaminan akan memaklumkan penyerahan memorandum itu kepada Speaker Dewan Rakyat terlebih dahulu untuk sebarang tindakan.

"Saya akan meneliti terlebih dahulu usul ini dan melihat apakah tindakan yang perlu diambil sebelum dibawa kepada perhimpunan IPU :di Bern, Switzerland Oktober depan.

"Selepas ini, saya akan mengadakan mesyuarat bersama IPU Malaysia bagi membincangkan perkara ini. Penelitian perlu dibuat secara khusus supaya ia boleh diusulkan pada perhimpunan itu nanti," katanya.

Menurutnya, beberapa prosedur perlu diteliti memandangkan ia merupakan kali pertama Malaysia membangkitkan usul di peringkat tertinggi perhimpunan IPU seluruh dunia.

Beliau berkata, sekiranya, Malaysia ingin membangkitkan usul, penelitian mesti dilakukan sama ada ia perlu dibahaskan di parlimen terlebih dahulu atau dibawa terus ke IPU tanpa dibahas.

"Saya percaya Parlimen Negara dan IPU Malaysia akan menyokong usaha NGO dalam meneruskan misi kemanusiaan mereka kepada rakyat di Gaza," katanya.

Empat usul kepada IPU itu termasuk mendesak Israel untuk tidak menggunakan kekerasan terhadap deligasi :Freedom Flotilla 2: ke Gaza, menggesa rejim Israel menghormati undang-undang antarabangsa dan membenarkan misi kemanusiaan berkenaan untuk memasuki Gaza bagi membantu rakyat di sana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved