Khamis, 30 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Peniaga kerugian RM400

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

Peniaga kerugian RM400 MENTAKAB – Sekumpulan tujuh individu yang berlagak sebagai satu keluarga disyaki melarikan pelbagai jenis barangan dari sebuah stesen minyak, di sini, baru-baru ini termasuk empat tong minyak enjin dengan anggaran kerugian lebih RM400.

Tujuh individu itu dianggotai tiga lelaki, tiga perempuan dan seorang kanak-kanak berlagak pelanggan memasuki kedai serbaneka milik sebuah stesen minyak dengan melarikan empat tong minyak enjin, biskut, syampu dan pelbagai barangan lain minggu lalu.

Kejadian pada 24 Jun lalu itu hanya disedari pemilik stesen minyak itu kelmarin ketika membuat pemeriksaan stok barangan dalam premisnya.

Menurutnya yang enggan dikenali berkata, ketika membuat pemeriksaan, dia mendapati beberapa barangan seperti minyak enjin telah hilang.

"Saya kemudian melihat rakaman pada kamera litar tertutup (CCTV) dan terkejut melihat barangan tersebut dilarikan sekumpulan penjenayah yang berlagak seperti sebuah keluarga," katanya.

Pemilik premis berkata, ketika kejadian pada malam 26 Jun itu, seorang pekerjanya bertugas dalam premis menjaga kaunter bayaran manakala dua lagi pekerjanya menjaga pam minyak.

Menurutnya, ketika itulah sekumpulan tujuh individu itu memasuki premis di mana salah seorang lelaki tua menunggu di luar.

"Mereka berpura-pura membeli barangan dan mengarahkan juruwang memasak mi segera dan ketika itulah tiga wanita ahli kumpulan terbabit melarikan barang dalam premis saya.

"Kesemuanya memakai baju yang besar-besar supaya dapat mengaburi mata pekerja saya, apabila diperiksa, barangan seperti minyak enjin bersaiz tong empat liter, biskut dan syampu dilarikan penjenayah terbabit," katanya.

Pemilik stesen minyak terbabit kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Mentakab, kelmarin.

Menurutnya, dia menasihati orang ramai khususnya pemilik kedai serbaneka, stesen minyak dan pasar mini supaya berhati-hati jika didatangi kumpulan penjenayah terbabit.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah, Deputi Superintendan R.Sundalingam mengesahkan pihaknya ada menerima laporan kejadian tersebut.

Bagaimanapun katanya, polis akan menyiasat kemungkinan keluarga yang dimaksudkan pemilik stesen minyak itu terbabit atau tidak.

"Ini kerana rakaman CCTV tidak jelas dan tidak pasti keluarga terbabit mengambil atau tidak barangan dalam premis berkenaan, polis akan menyiasat laporan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved