Khamis, 30 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


50,000 kg beras dirampas

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

50,000 kg beras dirampas

JOHOR BAHARU - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor berjaya menumpaskan percubaan menyeludup masuk 50,000 kilogram beras ke negara ini selepas menahan seorang pemandu treler di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, di sini, Isnin lepas.

Pengarah KDRM Johor, Datuk Ramli Johari berkata, pemandu berusia 35 tahun bersama treler dari Singapura itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam selepas anggota bahagian penguatkuasaan mendapat maklumat daripada orang awam.

"Pemeriksaan dalam treler itu menemui 1,000 guni beras dengan setiap guni itu mengandungi muatan 50 kilogram beras. Kesemua beras bernilai RM90,000 itu diikrarkan sebagai "polycarbonate resin" ketika diangkut masuk ke negara ini," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah anggota Parlimen Bukit Mertajam disimbah cat hijau

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

Rumah anggota Parlimen Bukit Mertajam disimbah cat hijau

BUKIT MERTAJAM - Kediaman Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang terletak di Taman Sri Rambai, di sini disimbah cat hijau manakala bangkai seekor ayam digantung di pintu pagar rumahnya hari ini.

Suami Chong, K.Gunabalan, 63, berkata, kejadian itu hanya disedari pada 5.45 pagi ketika beliau sedang bersiap menghantar anak keduanya G.Omprekash, 16, ke sekolah.

Katanya ketika kejadian, hanya beliau dan dua anak berada di rumah manakala isterinya berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri sidang Parlimen.

"Semasa saya keluar untuk menghantar anak, saya terkejut apabila melihat banyak tompokan cat hijau di sekitar kawasan rumah serta dua buah kereta jenis Mitsubishi dan Proton Wira yang diparkir di dalam kawasan pagar rumah.

"Saya tidak pasti bila kejadian itu berlaku kerana tidak mendengar sebarang bunyi bising," katanya ketika ditemui pemberita.

Gunabalan berkata, beliau menemui tiga bungkusan beg plastik cat yang ditinggalkan masing-masing dalam pagar rumah, luar pagar dan di dalam longkang serta bangkai seekor ayam turut digantung di pagar hadapan.

Katanya, beliau juga tidak mengetahui motif kejadian itu dan tidak pasti sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan politik atau peribadi.

"Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah SPT Supt Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved