Khamis, 30 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Cubaan bawa 86 Pati keluar gagal

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

Cubaan bawa 86 Pati keluar gagal

SENAI – Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua (PGMW 2) Tampoi berjaya menggagalkan cubaan membawa keluar pendatang asing tanpa izin (Pati) di Pantai Tanjung Pengeling, Kota Tinggi, semalam.

Seramai 27 daripada mereka ditahan di dalam sebuah bot kecil yang mengalami kebocoran kira-kira jam 12.05 pagi ketika bot ronda RH24 yang dibantu PGMW 2 menjalankan Operasi Octopos.

Komander PGMW 2, Zainul Abidin Hasan berkata, ketika operasi itu dijalankan, pihaknya telah mengesan bot laju jenis fibre glass yang mencurigakan dan didapati telah memecut melarikan diri ketika bot ronda RH24 menghampiri bot berkenaan.

"Bot tersebut diarahkan berhenti namun arahan tidak diendahkan dan selepas 10 minit kemudian bot tersebut berjaya ditahan.

"Hasil pemeriksaan 27 Pati ini, 18 daripadanya adalah lelaki manakala tujuh wanita dan seorang tekong dan pembantu tekong," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Manakala dalam kejadian berasingan pula, serbuan turut dilakukan di kawasan dipercayai tempat persembunyian sementara Pati, di sebuah ladang kelapa sawit Gugusan Adela, Kota Tinggi.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.15 pagi itu, seramai 59 Pati yang cuba keluar ke negara ini turut ditahan di bawah akta yang sama iaitu Akta Imigresen 1959/63 pinda 2002.

"Seramai 41 lelaki, 16 wanita dan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) kerana tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Antara yang dirampas sebuah bot fiber panjang dan sebuah enjin sangkut jenis Yamaha.

Kesemua Pati telah dibawa ke Balai Polis Pengerang dan Sungai Rengit bagi tindakan lanjut.

Zainul Abidin berkata, sepanjang enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 52 kes tangkapan dibuat membabitkan 558 Pati yang berjaya diberkas manakala 10 tekong berjaya ditahan.

Statistik itu menunjukkan peningkatan bilangan Pati yang diberkas PGMW 2 berbanding tahun lalu iaitu 371 Pati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved