Rabu, 29 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sukimi sasar kukuh jenama

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

Sukimi sasar kukuh jenama Sebuah syarikat bumiputera, Sukimi Lube Sdn Bhd, menaja pasukan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia, Yamaha CKJ Sukimi Racing kini giat menyusun strategi menambah kegia-tan promosi untuk mengukuhkan imej dan memperkenalkan jenama minyak pelincirnya, Sukimi.

Sukimi Lube turut terlibat menaja Perlumbaan Inovasi Pendidikan Sukan Motor dan Automotif (EIMA) Ketiga di Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak dari 1 hingga 2 Julai ini, sudah membuktikan penglibatannya dalam Pameran Inovasi Industri Kecil dan Sederhana (Smidex) 2011, awal bulan ini.

Selain itu, antara faktor meyakinkan syarikat berkenaan untuk me�ngo�rak langkah dalam promosi dan penjenamaannya pada masa hada-pan adalah menerusi sambutan pengunjung dan peningkatan penyertaan dari kedua-dua pasaran tempatan dan luar negara menerusi pameran kali ke-14 itu.

Selain itu, sepanjang pameran ramai ejen jualan dan pengedar dalam dan luar negara menunjukkan minat untuk bergabung tenaga dan meyakini kemampuan Sukimi Lube dalam menghasilkan produk, teknologi dan perkhidmatan untuk pasaran berkaitan.

Sukimi juga adalah syarikat pengeluar minyak pelincir bumiputera yang menyertai Smidex 2011.

Syarikat itu tidak ketinggalan memaparkan motosikal pasukan tajaannya, Yamaha CKJ Sukimi Racing yang kini beraksi dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia.

RSIB sasar 10 kedai ikan segar

Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT

RSIB sasar 10 kedai ikan segar Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) berhasrat membuka Sekinchan Ikan Segar menjelang awal Julai ini dengan sasaran permulaan 10 cawangan sekitar Lembah Klang.

Pengasas dan pemiliknya, Datuk Jamal Md Yunos berkata, idea membuka kedai itu tercetus ekoran berlakunya masalah kekurangan beka-lan ikan di pasaran di mana jualan di RSIB terjejas dan mengalami sedikit kerugian.

Menurutnya, berikutan masalah berkenaan RSIB mendapatkan permit daripada kerajaan untuk mengimport ikan dari luar negara bagi memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi di pasaran.

"Kini, bekalan ikan kami 100 peratus diimport dari Indonesia dan Thailand. Dengan bekalan itu, kami akan menjual ikan dengan harga lebih murah dari pasaran luar negara dan menawarkan ikan lebih segar.

"Sebagai permulaan, kami akan membuka gerai menjual ikan di empat cawangan RSIB; Centrum Setiawangsa, Bandar Mahkota Cheras, Gombak dan Kajang," katanya pada pelancaran cawangan baru RSIB di Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Jamal berkata, RSIB memperuntukkan RM2 juta untuk membuka 10 cawangan Sekinchan Ikan Segar dengan jangkaan bekalan ikan 30 hingga 50 tan sehari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved