Selasa, 28 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Waran tangkap helah bunuh Gaddafi

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Waran tangkap helah bunuh Gaddafi TRIPOLI - Kerajaan Libya menolak waran tangkap antarabangsa dikeluarkan terhadap pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi dan menganggapnya sebagai alasan kuasa Barat untuk membunuh beliau.

Menteri Undang-Undang Libya, Mohammed Al-Gamudi berkata, waran tangkap yang turut dikeluarkan kepada anak lelaki Gaddafi, Saif Al-Islam dan ketua perisik Libya, Abdullah al-Senussi atas dakwaan melakukan kekejaman terhadap pembangkang politik adalah satu helah besar.

"Waran tangkap itu han­ya alasan untuk membenarkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) membunuh Gaddafi," katanya.

Timbalan Menteri Luar Libya, Khaled Kaaim pula berkata, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dilihat berfungsi sebagai alat dasar luar Eropah.

"Ia adalah sebuah mahkamah politik yang berkhidmat untuk kerajaan Eropah. Mahkamah kami sendiri akan menangani mana-mana pencabulan hak asasi manusia dan jenayah lain di Libya," katanya.

Menurut ICC, ketiga-tiga lelaki itu dikehendaki kerana peranan mereka menindas pemberontakan Libya dan menuduh ramai orang awam dibunuh dan diseksa pasukan tentera Gaddafi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Thailand dalam bahaya: Abhisit

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Thailand dalam bahaya: Abhisit BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva memberi amaran negara itu mungkin berhadapan ketidakstabilan politik jika bekas pemimpin, Thaksin Shinawatra kembali ke Thailand selepas hidup dalam buangan.

Dalam wawancara dengan stesen televisyen Britain BBC, Vejjajiva berkata pembangkang tidak patut meletakkan kepentingan seorang individu sebagai perjuangan utama berbanding kepentingan negara.

Rakyat Thailand akan keluar mengundi dalam pilihan raya 3 Julai depan yang bakal menyaksikan persaingan sengit antara parti pemerintah Demokrat dan parti pimpinan Thaksin, Pheu Thai.

Sejak Thaksin digulingkan tentera Thailand pada 2006, negara itu berhadapan keganasan politik antara penyokong dan penentang beliau dengan insiden terburuk berlaku pada tahun lalu apabila lebih 90 orang terbunuh semasa protes besar-besaran antikerajaan.

Tinjauan menunjukkan Parti Demokrat pimpinan Abhisit berada di belakang Pheu Thai yang meletakkan adik perempuan Thaksin, Yingluck Shinawatra sebagai calon perdana menteri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved