Selasa, 28 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tiada bekalan elektrik 24 jam

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tiada bekalan elektrik 24 jam POS BETAU - Panas dan tidak selesa. Itulah gambaran yang dapat diberikan kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan (SK) Betau apabila mereka tidak menikmati bekalan elektrik 24 jam.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Sariman Bah Rehoi berkata, pada masa sekarang, seramai 570 murid belajar di dalam keadaan amat mendukacitakan kerana suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) semakin terencat kerana bekalan elektrik tidak berfungsi.

Menurutnya, seramai 150 daripada 570 murid di sekolah itu tinggal di asrama dan ketiadaan bekalan elektrik sempurna menyukarkan mereka belajar dengan lebih selesa.

"Sebelum ini, kami bergantung kepada generator namun generator utama yang membekal kuasa ke bangunan utama SK Betau mengalami kerosakan teruk dan memerlukan kos penyelenggaraan tinggi.

"Atas inisiatif pentadbiran sekolah dan PIBG, kami membeli sebuah generator terpakai dan hanya diletakkan di laluan bilik guru serta pejabat," katanya.

Sariman berkata, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) berusaha membekalkan minyak petrol kepada SK Betau untuk memastikan generator itu berfungsi namun ia masih tidak mencukupi.

"PPD akan menghantar sebanyak 500 liter minyak petrol sekali dalam tempoh seminggu, namun masih tidak mencukupi dan kami memerlukan sekurang-kurangnya 600 liter seminggu.

"Justeru, kami terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk menampung bekalan minyak petrol yang masih tidak mencukupi. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan pentadbiran SK Betau terpaksa menanggung beban di dalam pengurusan kerja harian," katanya.

Sariman berkata, walaupun kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke sekolah itu pada Julai tahun lalu disambut dengan meriah, namun pihak sekolah dan PIBG hampa apabila infrastruktur bekalan elektrik 24 jam tidak disalurkan di sekolah itu.

"Mesyuarat PIBG pada 10 Mei 2011 membuktikan seluruh Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG sekolah itu memandang serius mengenai masalah dihadapi pihak sekolah, lebih-lebih lagi ia membabitkan anak bangsa.

"Saya mohon perkara ini diselesaikan atau dipanjangkan kepada pihak berwajib. Sekiranya ada masa terluang, pihak berkaitan terutama kementerian perlu pantau sendiri masalah yang dihadapi sekolah ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved