Selasa, 28 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Misteri kehilangan Aizat

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Misteri kehilangan Aizat HULU TERENGGANU - Misteri kehilangan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun malam Jumaat lalu di kawasan hutan Terengganu Mati, di sini, masih belum terjawab biarpun operasi mencari dan menyelamat telah memasuki hari keempat semalam.

Difahamkan, mangsa, Mohd Aizat Mat Hussain, 15, berasal dari Paloh 3, Gua Musang, Kelantan, pergi ke kawasan itu untuk memancing bersama tiga ahli keluarganya yang lain petang Khamis lalu dan turut mendirikan khemah di lokasi berkenaan.

Mangsa dikatakan pergi memancing sendirian di satu kawasan yang terletak tidak jauh dari tapak khemah didirikan mereka, dan kehilangannya hanya disedari apabila dia tidak pulang semula ke khemah setelah beberapa jam keluar memancing.

Biarpun usaha mencari telah dilakukan terlebih dahulu oleh tiga ahli keluarga itu, namun keadaan gelap membantutkan usaha itu, sehinggalah gerakan mencari dan menyelamat dimulakan petang Jumaat lalu.

Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Pitter Tengah dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat pada hari pertama berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kira-kira 4 petang Jumaat lalu dan terus ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota.

"Operasi pada 24 Jun lalu turut dilakukan bersama-sama orang kampung melibatkan lebih 20 orang dan berakhir jam 3.30 pagi (25 Jun), tetapi belum menemui mangsa, kecuali sepasang selipar dan dua batang joran dipercayai milik Mohd Aizat.

"Manakala operasi hari kedua juga melibatkan lapan anggota dan operasi lebih menjurus kepada tinjauan kerana kita tidak dapat pastikan sama ada mangsa hilang akibat terjatuh dalam air atau hilang di daratan (sesat)," katanya.

Menurutnya, operasi hari ketiga (26Jun) diketuai sendiri oleh Ketua Balai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, PBK I, Mohd Zazuli Badru bersama 14 anggota bermula jam 2.30 petang hingga 7 malam dengan turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K9).

"Hari ini adalah hari keempat operasi mencari dan menyelamat dilakukan dan mangsa masih gagal ditemui, apatah lagi kita tidak dapat pastikan sama ada mangsa terjatuh dalam air ataupun hilang di daratan," katanya ketika menghubungi Sinar Harian, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved