Selasa, 28 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan kaji keperluan tenaga nuklear sebagai opsyen jana elektrik

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan kaji keperluan tenaga nuklear sebagai opsyen jana elektrik KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan masih mengkaji keperluan tenaga nuklear sebagai satu opsyen penjanaan tenaga elektrik, dengan mengambil kira insiden ketidakstabilan loji nuklear di Jepun akibat gempa bumi di negara itu, baru-baru ini.

Najib berkata, kerajaan juga memperincikan rancangan jangka pendek dan panjang yang mengambil kira pelbagai aspek infrastruktur seperti yang disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Menurutnya, untuk perancangan jangka pendek, tumpuan adalah pada pelaksanaan kajian terperinci oleh juru runding antarabangsa yang berpengalaman dalam projek-projek loji jana kuasa nuklear.

"Kajian itu antaranya mengenai penyediaan Pelan Pembangunan Infrastruktur Kuasa Nuklear (NPIDP) yang merangkumi penilaian terhadap tahap kesediaan negara dalam kesemua 19 aspek infrastruktur.

"Kajian juga dibuat mengenai penyediaan maklumat mengenai pelbagai aspek penggunaan kuasa nuklear kesemua pihak berkepentingan termasuk tinjauan pendapat umum mengenainya.

"Turut dilakukan kajian terperinci untuk mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan loji janakuasa nuklear berdasarkan kriteria pemilihan yang disyorkan IAEA dan lazim digunakan di negara-negara maju," katanya.

Najib berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan membatalkan rancangan untuk membina loji tenaga nuklear yang pertama di Malaysia setelah peristiwa kebocoran loji nuklear yang tidak terkawal berlaku di Fukushima, Jepun, Mac lepas.

Perdana Menteri berkata, rancangan jangka panjang akan dirumuskan berdasarkan NPIDP termasuk pembangunan perundangan dan sistem kawal selia nuklear negara yang komprehensif, pengurusan pihak berkepentingan, pematuhan terhadap sistem tadbir urus nuklear antarabangsa dan pembangunan modal insan.

Susulan daripada kemalangan di loji nuklear di Fukushima, beliau berkata, kebanyakan negara yang mempunyai loji nuklear yang sedang beroperasi akan melaksanakan ujian ketahanan ke atas kesemua loji mereka.

"Agensi-agensi berkenaan di Malaysia akan mengikuti dan meneliti hasil ujian ketahanan ini untuk diambil kira dalam kajian kemungkinan projek kuasa nuklear di negara ini," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dividen ASN2 5.5 sen

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Dividen ASN2 5.5 sen KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd, satu anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), semalam mengisytiharkan dividen 5.5 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2011, yang melibatkan pembayaran RM10.8 juta.

Sejumlah 8,832 pemegang unit, yang secara kolektifnya memiliki 196 juta unit, akan mendapat manfaat pembayaran itu.

Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, ASN2 menunjukkan prestasi yang lebih baik sepanjang tahun kewangan itu berbanding tahun sebelumnya.

"Ini sejajar dengan prestasi menggalakkan ekonomi dan bursa negara ini, yang menyaksikan indeks FBM KLCI mencatatkan keuntungan 18.96 peratus kepada 1,563.19 mata pada Isnin," katanya semasa mengumumkan pengagihan pendapatan ASN2 di Kuala Lumpur, semalam.

Berasaskan nilai aset bersih dana itu sehingga 23 Jun, daripada RM1.2246 seunit, pulangan keseluruhan yang dicatatkan oleh dana itu berjumlah 19.27 peratus.

Sehingga Isnin, ASN2 mencatatkan pendapatan kasar RM14.34 juta, di mana daripada jumlah itu, keuntungan dari jualan saham menyumbangkan RM5.43 juta atau 37.87 peratus, manakala pendapatan dividen dari syarikat dilabur menyumbang RM7.24 juta atau 50.49 peratus, dengan baki pendapatan RM1.67 juta atau 11.64 peratus diperoleh dari pelaburan lain, katanya.

Sementara itu, kesemua transaksi ASN2 akan digantung dari hari ini sehingga 30 Jun, bagi memudahkan pengiraan dividen.

ASN2 adalah dana pertumbuhan harga yang berubah-ubah yang disasarkan menjana paras berpatutan pengagihan pendapatan dan peningkatan modal bagi para pemegang unit melalui pelaburan portfolio kepelbagaian.

Ia dibuka kepada para pelabur Bumiputera berumur 18 tahun ke atas. Ia turut di senarai pada Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. -Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved