Selasa, 28 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Berdepan tali gantung

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Berdepan tali gantung JOHOR BAHRU – Tiga lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati dan dua remaja dijatuhi hukuman penjara bagi tempoh diperkenankan Sultan Johor oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, selepas didapati bersalah menculik seorang remaja perempuan tiga tahun lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut Jalan Datuk Abdul Hamid, Tampoi, di sini, pada 28 April 2008 yang lalu.

Tiga lelaki yang dihukum gantung sampai mati ialah R Ravikumar, 22, P Steven, 27, dan P Vicknes, 29, manakala dua tertuduh yang masih di bawah umur ketika kesalahan dilakukan dipenjara atas berkenan Sultan Johor di bawah Seksyen 27(2)(b), Akta Kanak-kanak 2001.

Pesuruhjaya Kehakiman, Kamardin Hashim membuat keputusan berkenaan selepas mendengar hujah pendakwaan dan kedua-dua peguam bela tertuduh.

"Selepas mendengar hujah pembelaan, mahkamah mendapati ia adalah satu bentuk penafian dan rekaan sema-mata hingga gagal menimbulkan keraguan sekali gus pendakwaan berjaya memutuskan kesalahan tersebut," katanya.

Kes mereka dibicarakan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan sekiranya sabit kesalahan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua mereka termasuk seorang yang masih bebas didakwa menculik mangsa yang berusia 13 tahun ketika :kejadian dengan niat menuntut wang :tebusan sebanyak RM500,000 ke atas ayah mangsa.

Empat daripada sembilan tertuduh didakwa menculik mangsa ketika mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan ke sekolah dengan menaiki sebuah kereta.

Mangsa dibawa ke sebuah rumah pangsa di Kuala Lumpur dan bapanya kemudian dihubungi salah seorang tertuduh untuk menyerahkan wang :tebusan sebanyak RM500,000, sebelum membayar RM80,000 di sebuah stesen minyak berhampiran Plaza Tol Sungai Besi sekitar jam 6.30 petang pada 24 April 2008 selepas melakukan rundingan menerusi panggilan telefon.

Selepas wang tebusan dibayar, mangsa kemudiannya dibenarkan pulang oleh penculik yang membelikan tiket tambang bas ke Johor Bahru sekali gus selamat tiba di rumah jam 12.30 pagi pada 25 April.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela masing-masing iaitu S Vijayaretham dan Mohd Hajan Omar.

Terdahulu, empat daripada sembilan suspek kes berkenaan telah dibebaskan pada 4 April yang lalu selepas pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie.

Sementara itu, bapa mangsa ketika ditemui pemberita berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan berkata, sehingga kini anak gadisnya masih lagi trauma dan takut untuk keluar rumah hingga ditemani oleh keluarganya untuk ke mana-mana.

"Kami juga turut membuat :keputusan berpindah rumah selepas insiden yang tidak disangka itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved