SH |
Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT Bengkel, rumah musnah
BUNTONG - "Nasib baik jiran berhampiran sempat menyelamatkan kereta dan motosikal daripada terbakar," kata Jomhari Mat, 61, mangsa kebakaran rumah setingkat yang terletak di Kampung Tersusun Buntong, kelmarin.
Ketika kejadian, Jomhari sedang membakar sampah di bengkel membaiki perabot yang terletak bersebelahan rumahnya. "Secara tiba-tiba angin kuat sehingga menyebabkan api mulai marak serta menyambar rumah termasuk bengkel saya," katanya. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai pemandu di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda kerana api marak terlalu pantas. "Namun kami sekeluarga bernasib baik kerana tiada perkara buruk yang berlaku dalam kebakaran itu," katanya. Katanya, semua dokumen penting, peralatan elektrik, pakaian dan kelengkapan persekolahan anak hangus hanya dalam sekelip mata. "Kami sangat sedih kerana terlalu banyak kenangan sewaktu menetap di rumah berkenaan dan nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM50,000," katanya. Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.20 petang. Menurutnya, ketika pihaknya mendapat panggilan mereka dimaklumkan bahawa terdapat kawasan belukar yang terbakar. "Bagaimanapun, apabila tiba kami mendapati ia membabitkan sebuah rumah dan sebuah bengkel," katanya. Katanya, dua jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal 16 minit kemudian dan operasi dihentikan pada jam 7.55 petang. "Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan