Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Sektor swasta boleh kemukakan cadangan Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT Sektor swasta boleh kemukakan cadangan
Kerajaan bersedia mendengar cadangan daripada sektor swasta mengenai kaedah dalam meningkatkan kecekapan penjanaan dan penggunaan tenaga dan menangani bebanan yang ditanggung oleh golongan perniagaan dan orang ramai.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rundingan antara kerajaan dan sektor swasta di peringkat kebangsaan sentiasa diambil kira sebelum sebarang perubahan dibuat terhadap tarif, subsidi infrastruktur dan kemudahan awam. "Saya menyedari kebimbangan sektor swasta terhadap impak ke atas kos pengeluaran serta kos hidup akibat kenaikan tarif elektrik dan gas," katanya pada perasmian mesyuarat agung tahunan ke-65 Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri China Malaysia (ACCCIM). Menurutnya, halangan utama dalam merealisasikan pencapaian transformasi ekonomi negara mungkin disebabkan sikap puas hati terhadap pentingnya pembangunan modal insan dalam masyarakat, oleh itu, Malaysia mesti memulakan program menyeluruh untuk melatih generasi muda supaya mempunyai sikap ingin tahu dan dinamik dalam bidang ekonomi. "Golongan muda wajar lebih fokus dan bekerja keras untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik untuk manfaat mereka sendiri serta kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh," katanya. Beliau berkata, hasrat itu hanya boleh direalisasikan menerusi penguasaan ilmu, yang boleh digunakan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan, melakukan inovasi dan meningkatkan rangkaian nilai. "Kita memerlukan sekumpulan besar bakat untuk merangsang momentum dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai sektor ekonomi dan untuk itu, saya menggesa sektor swasta supaya meningkatkan pelaburan dalam bidang R&D ini," katanya. -Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Makanan tambahan daripada tomato Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT Makanan tambahan daripada tomato
Rich & Healthy Resources, pengeluar makanan tambahan kesihatan semula jadi di bawah jenama Tomato Essence berhasrat mencapai perolehan RM7 juta tahun ini dengan sasaran jualan 100,000 kotak berbanding 35,000 kotak pada tahun lalu.
Pengasas merangkap Pengarahnya, Sohermy Sabri berkata, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran itu kerana penyelidikannya selama dua tahun menunjukkan tahap kesedaran kesihatan dan trend pengambilan makanan tambahan semakin meningkat, terutama wanita. Menurutnya, potensi bagi produk kesihatan dijangka akan terus kukuh kerana hanya membabitkan perbelanjaan modal yang rendah dan juga mendapat sokongan kerajaan yang menggalakkan dari penyertaan usahawan muda memainkan peranan dalam pengeluaran produk bioteknologi. Setakat ini, produk Rich & Healthy Resources diedarkan menerusi rangkaian 350 pengedar sah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Makanan tambahan Tomato Essence juga telah menembusi pasaran Brunei dan Singapura malah beliau berhasrat menembusi pasaran Indonesia pada tahun ini. Selain itu, Sohermy yakin dapat mencapai pertumbuhan tahunan sekurang-kurangnya 10 peratus. Menurutnya, Tomato Essence merupakan satu-satunya produk kolagen di negara ini yang menggunakan tomato sebagai ramuan utama dan kolagen ikan kod yang berkualiti tinggi serta terpilih dengan Vitamin C dan kolostrum bovin. Selain makanan tambahan kolagen yang menjadi produk utamanya, beliau berhasrat untuk mengeluarkan produk penjagaan kulit dengan menggunakan ramuan yang sama. Buat masa sekarang, formulasi dan pengeluaran makanan tambahan kesihatan Rich and Healthy Resources dilaksanakan secara kontrak oleh TPM Biotech di Technology Park Malaysia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan