Selasa, 28 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Bapa dakwa dilibas pedang

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bapa dakwa dilibas pedang KOTA BHARU - Sedih apabila anak sendiri tergamak melibas pedang kepada bapa kandung hanya kerana tidak puas hati mengenai urusan perkahwinan yang ditetapkan keluarga.

Seorang warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Su, 60, melahirkan kekecewaan itu terhadap perbuatan melampau kedua-dua anak perempuannya yang berusia 21 dan 25 tahun tanpa diketahui punca sebenar kemarahan itu.

Bapa kepada 14 anak itu berkata, bagaimanapun anaknya yang berusia 22 tahun itu berkemungkinan marah terhadap ibu tiri mereka, tetapi tidak pula menyatakan punca sebenar.

"Hati bapa mana tidak sedih jika anak sendiri sanggup bertindak demikian.

"Ibu tirinya pun bertanya mengapa mereka sanggup bertindak begitu tetapi mereka enggan menjelaskannya," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, ibu tiri kepada anak-anaknya itu banyak membantu sehingga mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Pak Su berkata, lebih menyayat hati setelah dalam kejadian itu, anak perempuannya juga sanggup mengeluarkan kata-kata kesat hingga menguris hatinya sebagai bapa dan orang tua.

"Hancur luluh hati saya hingga setiap malam menangis mengenangkan kata-kata yang tidak sepatutnya dikeluarkan dari mulut seorang anak kepada orang tua," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian dekat sini terhadap kejadian itu.

Bukan sahaja cuba dicederakan, tetapi Pak Su juga mendakwa, menerima pesanan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) ditulis dengan kata-kata kesat.

Menurutnya, dia tidak akan menerima permohonan maaf daripada kedua orang anaknya tetapi berdoa supaya Allah swt memberi petunjuk dan membalas perbuatan mereka.

Sementara itu, salah seorang anaknya hanya dikenali sebagai Nor ketika dihubungi berkata, tidak ada niat menderhaka terhadap bapanya dan mendakwa terdapat salah faham di antara mereka bertiga.

"Kami akui ada kesalahan daripada pihak kami, walau apa pun kami tidak berniat untuk menderhaka kepadanya kerana dia adalah bapa saya dan kami masih sayangkannya, namun jika ada salah atau silap kami mohon maaf.

"Sebenarnya perkara ini sepatutnya dibincangkan bersama ahli keluarga terlebih dahulu, tetapi ia sudah berlaku begini dan diketahui umum saya reda," katanya.

Nor juga berharap masalah yang berlaku itu dapat diselesaikan dengan segera demi menyelamatkan hubungan keluarga mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cari rakan sebilik mangsa bunuh

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Cari rakan sebilik mangsa bunuh AIR KUNING – Polis giat mengesan dua rakan sebilik kepada lelaki warga Bangladesh ditemui mati dibunuh di sebuah ladang ternakan ayam di Taman Ria, 23 Jun lalu untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, kedua -dua suspek lelaki warga Myanmar itu dikenali sebagai Hla Kyaw Sein, 36, dan Nyunt Win, 36.

"Mereka adalah rakan sebilik mangsa, dikatakan telah melarikan diri dan dipercayai berada di luar Perak.

"Berdasarkan siasatan, rakan mangsa ada melihat mangsa sedang memasak di rumah pekerja di ladang tersebut bersama suspek sebelum kejadian," katanya.

Menurutnya, polis turut menemui kayu berukuran 0.71 meter mempunyai kesan darah di bilik suspek.

"Usaha mengesan masih dijalankan dan berharap orang ramai dapat memberikan maklumat mengenai mereka.

"Motif pembunuhan masih lagi disiasat dan sebarang maklumat boleh disalurkan terus di Hotline IPD Tapah 05-4015222," katanya.

Dalam kejadian itu, Abdul Salam, 36, dipercayai dibunuh dengan kejam dengan kepalanya diketuk menggunakan sebatang kayu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved