Isnin, 27 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Isu ceroboh tanah serius

Posted: 26 Jun 2011 05:00 PM PDT

Isu ceroboh tanah serius IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan isu pencerobohan lebih 67 ribu ekar tanah di Sungai Tumboh, Bandar Universiti Seri Iskandar yang hangat diperkatakan sebagai satu isu yang serius kerana turut melibatkan sindiket-sindiket besar.

Zambry berkata, pihaknya telah mengarahkan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu berkenaan yang dipercayai agak serius di beberapa kawasan.

Menurutnya, agensi-agensi lain juga perlu melihat isu berkenaan bukan sekadar melibatkan isu tanah tetapi mungkin lebih daripada itu.

"Bagaimanapun, saya yakin kes ini lebih daripada itu dan sebab itulah saya menunggu laporan penuh mengenainya.

"Tapi saya berharap, apa sahaja yang berlaku itu, biarlah proses undang-undang yang mengadilinya.

"Apa yang penting kita tak mahu zalimi sesiapa dan perlu mengendalikan isu ini dengan telus," katanya di sini, semalam.

Terdahulu, Zambry berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat tanah-tanah yang telah dijadikan penempatan setinggan di kawasan-kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri tidak akan bertindak zalim bagi menganiaya penduduk di situ kerana memahami mereka telah mendiami kawasan berkenaan sejak sekian lama.

"Kita tidak akan zalimi mereka kerana faham tanah yang dicerobohi telah dijadikan kediaman, tetapi apa yang menjadi keprihatinan Kerajaan Negeri adalah ianya melibatkan sindiket-sindiket besar.

"Saya tak mahu komen lanjut dan dalam masa yang sama, saya juga tak mahu mana-mana pihak dianiaya dalam isu ini dan biarlah proses keadilan diberi sewajarnya kerana ianya bukanlah soal dari segi perkauman, adat dan sebagainya," katanya.

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berkata, sesebuah negeri itu juga tidak boleh diperintah dengan sistem anarki.

Katanya, di bawah sistem anarki ini, ianya membenarkan semua orang melakukan apa sahaja yang diingini dengan bebas tanpa pedulikan undang-undang.

"Kita ada negeri yang memiliki kedaulatan undang-undang dan setiap perkara yang dilakukan perlu menurut undang-undang yang telah termaktub," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved