Isnin, 27 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru kena pukul

Posted: 26 Jun 2011 05:00 PM PDT

Guru kena pukul PASIR MAS – Seorang guru sekolah rendah, kesal apabila tindakannya, menegur seorang murid agar berdisiplin di hadapan perhimpunan Khamis minggu lalu, disalah erti sehingga menyebabkan dia dipukul seorang lelaki dalam lingkungan umur 50-an, jam 7.20 pagi, semalam.

Bukan itu sahaja, mangsa yang juga guru, Azidi Abdullah, 44, cedera di muka setelah dipukul dua kali sejurus sebelum sesi persekolahan bermula.

Azidi berkata, dia juga ternampak seorang wanita yang dipercayai isteri lelaki berkenaan sedang memegang senjata yang dibalut dengan tuala, berkemungkinan parang.

"Keadaan mereka seolah-olah menunggu saya untuk bertindak, namun saya sempat menenangkan mereka dan bertanya mengenai sebab mereka bertindak sedemikian, namun apa yang saya dengar, hanyalah maki-hamun dan ugutan daripada kedua-dua pihak.

"Hal ini berlaku apabila anak mereka, murid tahun empat di sekolah ini, cedera di bahagian kepala sehingga berdarah, akibat terjatuh di dalam kelasnya pada hari Rabu.

"Sedangkan saya menegur anaknya agar berdisiplin adalah hari Khamis, maka kecederaan pada kepala anaknya jelas bukan akibat daripada tindakan saya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, atas nasihat guru besar dan pentadbir sekolah, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Mas pada jam 10.15 pagi bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

"Saya berharap agar mereka sedar akan tindakan mereka yang bukan hanya mengakibatkan kecederaan kepada saya malah menjadi satu contoh yang buruk kepada generasi muda," katanya.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved