Isnin, 27 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gadis hamba seks seminggu

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Gadis hamba seks seminggu MELAKA - Akibat terpedaya dengan janji manis seorang lelaki, seorang gadis, 17, menjadi hamba seks lelaki berkenaan yang kononnya berjanji mahu membantu gadis terbabit selepas dibuang keluarga.

Mangsa mengenali lelaki berusia 29 tahun itu menerusi seorang rakannya, sebelum dibawa dan dikurung di sebuah rumah dekat Taman Asia Selatan, Jasin, di sini selama seminggu.

Sumber berkata, mangsa dikurung pada 19 hingga 25 Jun lalu, selain dipukul sehingga mendatangkan kecederaan kepada tubuh.

Selain itu, menurutnya, mangsa yang tidak bersekolah itu mendakwa turut dirogol lelaki terbabit.

"Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila dibebaskan dari kurungan Sabtu lalu, sebelum bertindak membuat laporan polis sehari kemudian," katanya.

Menurutnya, polis berjaya menangkap lelaki berkenaan pada hari sama mangsa membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Berikutan itu, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun maksimum serta sebatan.

Menurutnya, lelaki terbabit direman selama tujuh hari bermula semalam.

Sementara itu, menurutnya, mangsa kini sedang dirawat di sebuah hospital berdekatan.

Siasat pinjaman Felda RM6 bilion

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Siasat pinjaman Felda RM6 bilion SEREMBAN – Pihak berkuasa diminta menyiasat pinjaman RM6 bilion dibuat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pinjaman berkenaan mengejutkan banyak pihak terutama warga Felda di seluruh negara.

"Jumlah pinjaman itu agak besar dan kita tidak tahu ke mana ia akan disalurkan. Malah, perkara ini tidak pernah dibentangkan di Parlimen.

"Kami tidak faham mengapa Felda memerlukan pinjaman berkenaan kerana kerajaan sentiasa menguar-uarkan kedudukan kewangan agensi terbabit yang memiliki aset kira-kira RM19 bilion adalah kukuh," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Taufek Abd Ghani yang turut hadir berkata, KWSP bertanggungjawab tampil memberi penjelasan kepada semua pencarumnya berhubung pinjaman kepada Felda itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, Anak didalangi pembangkang dilihat cuba mempolitikkan pinjaman berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved