Isnin, 27 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mohd Faizal dihukum gantung

Posted: 26 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mohd Faizal dihukum gantung

KUALA TERENGGANU- Gara-gara tidak berpuas hati dengan gaji yang diterima, seorang pemuda sanggup bertindak mengikut hasutan syaitan dengan membunuh bekas majikannya yang juga seorang pengusaha sangkar ikan di Marang.

Kejadian yang berlaku pada 30 November 2007, kira-kira jam 1.30 pagi hingga 1.53 pagi itu, tertuduh, Mohd Faizal Juhari, 24, dari Kampung Gong Beris, Pulau Kerengga, Marang seolah-olah hilang pegangan agama sehingga sanggup membunuh mangsa, Tan Hai Peng dengan tidak berperikemanusiaan.

Leher mangsa dikelar dengan pisau pemotong sayur beberapa kali sehingga putus, manakala kepala mangsa dihentam dengan menggunakan serampang menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat keja-dian iaitu di sebuah rumah tidak bernombor, di Kampung Gong Beris, Marang.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan tertuduh terbalas apabila dia dihukum gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Hakim, Datuk Abd Rahim Uda membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Dalam penghakimannya, Abd Rahim berkata, keterangan yang diberikan tertuduh tidak konsisten apabila hanya me-ngingati perkara sebelum dan selepas kejadian sahaja, sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada tertuduh sememangnya tidak mengingati kejadian itu ataupun sengaja bertindak sedemi-kian memandangkan kecederaan berlaku di peringkat berkenaan.

Beliau berkata, tertuduh juga dilihat sengaja mencari masalah kerana datang ke rumah mangsa pada waktu malam sedangkan mangsa membayar gaji tertuduh pada petang sebelum kejadian.

"Walaupun pihak pembelaan dalam pembelaannya mendakwa tertuduh di provokasi mangsa, tidak sewajarnya tertuduh melakukan sesuatu sehingga mendatangkan kecederaan," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya, Ooi Chooi Gaik berkata, tertuduh sememangnya berniat untuk membunuh mangsa berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa terutama di bahagian kepala dan leher dan tiada sebab untuk mahkamah meringankan hukuman tertuduh.

"Malah, berdasarkan keterangan tertuduh, tertuduh mempunyai peluang untuk melarikan diri ketika mangsa sedang bercakap telefon," katanya.

Peguam bela tertuduh, Abdul Aziz Muda dalam pembelaannya memohon mahkamah supaya tertuduh dijatuhkan huku-man penjara maksimum selama 30 tahun mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertudu-han, tertuduh dituduh melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas mangsa, Tan Hai Peng, di sebuah rumah tidak bernombor di kampung Gong Beris, Marang pada 30 November 2007 antara jam 1.30 pagi hingga 1.53 pagi.

Dengan itu, dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved