Isnin, 27 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masa depan 4 beradik OKU

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Masa depan 4 beradik OKU JOHOR BAHRU – "Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila asyik memikirkan tentang nasib bakal menimpa anak-anak saya pada masa akan datang yang dilahirkan orang kurang upaya (OKU). Tapi akhirnya saya reda dan hanya berserah kepada Allah."

Itulah kata-kata seorang ibu, Rahimah Abdul Karim, 37, yang membayangkan kebimbangannya mengenang nasib empat daripada enam cahaya matanya dilahirkan OKU berbeza dengan kanak-kanak lain.

Nurul Ain Abu Bakar, 12, dan, Aiman Hakim, 8, merupakan anak ketiga dan bongsu daripada enam orang adik-beradik dilahirkan dengan kecacatan seperti otaknya tidak berupaya untuk mengawal pergerakan atau memproses maklumat yang diterima dengan sempurna (lembam).

Anak keempat, Mohd Rafiq Shah, 11, pula dilihat menghidap penyakit yang paling kritikal sekali gus memerlukan rawatan perubatan dari hospital mengikut jadual ditetapkan manakala adiknya, Mohd Nihal, 9, dilahirkan dengan berpenyakit sawan.

Melihat daripada keadaan fizikal, Mohd Rafiq Shah berbeza dengan adik beradiknya berikutan penyakit dihidapi menyebabkan tumbesarannya terbantut tidak selari dengan umurnya yang kian meningkat ke arah usia awal remaja.

Rahimah berkata, anak keempatnya itu paling memerlukan rawatan rapi dan perhatian sepenuhnya kerana dilahirkan OKU dengan masalah melibatkan saraf yang dikesan sejak berusia setahun selepas menghidap demam panas.

"Kelahiran anak sulung, Mohd Rashid, 15, dan anak kedua, Mohd Raihan, 14, cukup sempurna malah membesar dengan baik sama seperti kelompok golongan sepertinya, namun ia tidak berlaku kepada Nurul Ain, Mohd Rafiq Shah, Mohd Nihal serta Aiman Hakim.

"Ketika Nurul Ain dan Aiman Hakim kecil dahulu, saya dan suami memang tidak nampak sebarang kelainan malah mereka ceria sebagaimana kanak-kanak lain, namun kami mengesan mereka mempunyai masalah lembam ketika seawal usia enam tahun.

"Tambah memilukan apabila Mohd Rafiq Shah membesar pada kadar yang sangat perlahan sebelum terbantut selepas menghidap demam panas ketika berusia setahun dan terus menderita sehingga ke hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian keluarga terbabit menerima kunjungan daripada Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Johor di kediamannya di Taman Mount Austin, di sini, kelmarin.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved