Isnin, 27 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


PR mahu kuasai 11 negeri: Kit Siang

Posted: 26 Jun 2011 05:00 PM PDT

PR mahu kuasai 11 negeri: Kit Siang SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja berazam mahu mempertahankan empat negeri yang dimenangi pada pilihan raya umum yang lalu, bahkan mahu menguasai tujuh lagi negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), termasuk Perak.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) berkata, pakatan pembangkang meletakkan sasaran untuk menguasai Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pahang, Terengganu dan Perlis daripada Barisan Nasional (BN).

"PR ada tiga sasaran di peringkat negeri pada pilihan raya umum yang datang.

"PRU13 menjadi pertempuran abad ini memandangkan sasarannya bukan sahaja 11 negeri di Semenanjung, tetapi juga kuasa persekutuan di Putrajaya," katanya yang dipetik dalam laman blognya, semalam.

Beliau menyifatkan PRU13 penting kerana bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu menyebabkan beliau teragak-agak menetapkan tarikh PRU.

Kit Siang turut meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Beliau berkata, PRU kali ini bakal menjadi sejarah kerana menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN di tangan PR.

Selama ini, menurutnya, kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah namun berlaku tsunami politik pada PRU12 menyebabkan beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

"BN akan berdepan persaingan 'hidup matinya' dalam PRU13 bukan setakat sama ada ia boleh memperoleh semula majoriti dua pertiga, sebaliknya turut mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ikrar Anwar selepas tawan Putrajaya

Posted: 26 Jun 2011 05:00 PM PDT

Ikrar Anwar selepas tawan Putrajaya KUBANG PASU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan menurunkan harga minyak sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir, sering berlaku kenaikan harga minyak sedangkan negara ini adalah negara pengeksport minyak dan mempunyai sumber bahan mentah itu yang mencukupi.

"Atas nama kerajaan rakyat Malaysia dan dengan izin Allah SWT, dengan ini saya isytiharkan berkuat kuasa sekarang harga minyak di seluruh negeri diturunkan. Ikrar ini akan saya lafazkan selepas 24 jam memegang tampuk pemerintahan," katanya ketika berucap di hadapan penyokongnya dalam siri lawatan sehari ke daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Padang Terap di Kedah, semalam.

Anwar berkata, itulah perkara pertama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam setelah berjaya menawan Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, hasrat itu hanya mampu dicapai sekiranya jentera pilihan raya parti komponen PR kuat dan 'menyerang' parti lawan dengan bijaksana.

Menurutnya, walaupun dirinya dihimpit dugaan besar apabila dikaitkan dengan isu video seks, namun beliau nekad mahu terus bersama PR menuntut perubahan pentadbiran yang lebih adil di negara ini.

"Saya reda dengan apa yang berlaku dan terima ujian ini. Yang penting kita tumpu perhatian pada isu kebebasan dan pilihan raya yang bersih dan adil," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved