Rabu, 8 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tuntut baki pampasan

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tuntut baki pampasan GELANG PATAH – Seramai 279 nelayan kawasan Johor Selatan yang menanti hampir 11 tahun sampai ke kemuncaknya apabila wang :pampasan yang dijanjikan berbaki RM3.1 juta yang masih gagal dilunaskan.

Ketua Kampung Sungai Melayu, Pandak Ahmad yang mewakili suara nelayan ini mahu baki :tunggakan yang dijanjikan pihak pengurusan sebuah syarikat yang dimeterai pada tahun 2000, dibayar.

"Amat mendukacitakan apabila hanya RM100,000 dibayar kepada kami pada tahun 2004, sedangkan nilai keseluruhan wang :pampasan yang dipersetujui ialah RM3.24 juta daripada RM5 juta yang dituntut.

"Tuntutan dibuat ketika itu yang memikirkan pampasan nelayan dalam tempoh 10 tahun yang berakhir 2010. Nelayan di sini menderita tanpa :pendapatan yang tetap apabila pembangunan dilakukan di kawasan persisiran pantai tempat mereka mencari rezeki," katanya pada satu pertemuan bersama Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ah Eng tidak dapat hadir atas masalah kesihatan dan mewakilkan pembantu peribadinya, Goh Teck Kuan.

Pandak berkata, nelayan hanya menerima RM358 seorang hasil pembahagian RM100,000 yang diberikan yang sepatutnya mereka menerima RM11,000 seorang bagi meneruskan hidup akibat pendapatan yang terjejas.

Katanya, 279 nelayan itu adalah nelayan dari sembilan buah kampung yang terlibat iaitu Kampung Teluk Serdang (15 orang); Kampung Skudai Kiri (21); Kampung Bakar Batu (34); Kampung Sungai Temun (42); Pantai Lido (13); Sungai Danga (20); Sungai Melayu (81); Kampung Tebing Runtuh (39); dan Kampung Usaha Jaya (14).

"Kami bukan hendak ambil kesempatan untuk mengugut kerajaan atau mana-mana pihak, tetapi kami mahukan pembelaan nasib nelayan.

"Jika dulu nelayan ini mampu mencari rezeki RM2,000 hingga RM3,000, malah ada di antara mereka membuat pinjaman bank bagi membeli bot sebagai nelayan, kini pendapatan mereka terjejas," katanya.

Antara isu lain yang dibangkitkan ialah pencemaran air Sungai Melayu yang didakwa disebabkan laluan susur pantai yang dibangunkan sehingga menyebabkan air sungai semakin cetek dan berlumpur.

Turut dibangkitkan isu kapal pasir yang didakwa mereka melanggar pukat nelayan ini khususnya yang direntangkan di waktu malam.

:"Apabila pendapatan nelayan berkurangan di waktu siang, pada waktu malam nelayan ini akan merentangkan pukat dari jam enam petang hingga 12 malam, namun apa yang menghampakan lebih tiga kapal pasir akan melanggar pukat ini, yang akhirnya hanya lumpur dan pukat yang koyak menjadi habuan," katanya.

Nelayan ini juga mahu pampasan ihsan dari pihak pembangunan pihak terbabit yang dikatakan telah menjejaskan lubuk ikan dan udang yang terdapat di kawasan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved