SH |
Kisah sayu 11 anak yatim piatu Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT Kisah sayu 11 anak yatim piatu
TEMERLOH – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul adalah ungkapan paling sesuai buat 11 beradik di Kampung Paya Keladan di sini yang hilang tempat mengadu apabila bapa mereka pergi buat selama-lamanya ketika mereka masih terasa pemergian ibu tercinta enam tahun lalu.
Norfadilah Mat Amin, 23, kakak sulung adik beradik malang itu berkata, kini mereka sangat mengharapkan bantuan dan sumbangan ramai selepas bapa Mat Amin Jusoh, 55, meninggal dunia akibat sakit jantung minggu lepas. Menurutnya, ibunya meninggal dunia pada 2005 dan sejak itu mereka tinggal bersama bapa yang terpaksa melakukan banyak kerja semata-mata mahu menyara adik yang ramai. "Minggu lepas, satu lagi dugaan menimpa kami apabila ayah pergi buat selama-lamanya akibat sakit jantung," katanya di rumahnya, semalam. Norfadilah yang masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengharapkan Ehsan banyak pihak dalam memastikan kebajikan adiknya terbela. "Saya masih dalam cuti semester dan akan masuk ke tahun akhir apabila penggal baru bermula bulan hadapan, kini kami semua mengharapkan kepada adik kedua saya untuk menyara keluarga," katanya., Norfadilah berkata, adik keduanya, Mohd Khairul sebelum ini memang bekerja membantu ayah dengan menoreh getah dan membela ikan keli dan wang daripada hasil itulah diharap dapat menyara adik-adik yang lain selepas ini. Mohd Khairul, 22, ketika ditemui berkata, walau sesukar mana sekalipun dia akan berusaha memastikan adiknya mendapat makan dan terus belajar. Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian hari ini Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT Kisah sayu 11 anak yatim piatu

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan