SH |
Sepakat jaga keamanan dua negara Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT Sepakat jaga keamanan dua negara
JOHOR BAHRU – Satu pertemuan antara Pasukan Gerakan Marin (PGM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pasukan Pol Air Indonesia telah diadakan bertujuan membincangkan masalah yang berlaku di perairan sempadan.
Komander PGM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, pertemuan itu diadakan pada setiap bulan sejak awal tahun lalu. Menurutnya, tujuan utama pertemuan itu diadakan adalah untuk berkongsi bersama masalah yang dihadapi pasukan masing-masing dalam menjaga keamanan kedua buah negara ini. "Dalam pertemuan ini, kami akan membincangkan masalah-masalah yang ada seterusnya menyelesaikannya dengan baik pada peringkat ini. "Lokasi pertemuan adalah bergantung kepada keadaan di mana kami akan sentiasa berhubung untuk mendapatkan maklumat berkenaan pertemuan ini," katanya. Sementara itu, Komander Pol Air Polda Kepri, M Yassin Kosasih berkata, ini adalah pertemuan kali pertama diadakan di bulan Ramadan dan pihaknya menyambut baik pertemuan ini. Menurutnya, pertemuan seperti itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang supaya setiap masalah yang berlaku di wilayah perbatasan ini dapat diselesaikan dengan baik di antara dua pihak. "Pertemuan ini juga lebih mudah berbanding perhubungan melalui e-mel dan talian faks kerana ianya memudahkan kami untuk berkomunikasi. "Selain dapat menyelesaikan masalah, pertemuan ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas-petugas peronda," katanya. Beliau berkata, menjelang Aidilfitri ini pasukannya akan bertugas seperti biasa dan rondaan akan dilakukan bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. |
Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT Sepakat jaga keamanan dua negara

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan