Isnin, 6 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Mekanik maut kena serang

Posted: 05 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mekanik maut kena serang

NIBONG TEBAL - Seorang mekanik maut selepas dipukul sekumpulan lelaki dipercayai membalas dendam di Tasek Mutiara, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintendan Sharifudin Abdullah berkata, dalam kejadian jam 11.45 malam itu, S Vijinran, 24, yang baru selesai minum bersama seorang rakan didatangi empat lelaki.

"Salah seorang lelaki berkenaan memarahi dan menuduh mangsa memukul sepupunya sehingga cedera, bagaimanapun Vijinran menafikannya.

"Berang dengan penafian berkenaan, kumpulan lelaki bersenjatakan parang itu bertindak memukul mangsa sehingga cedera parah," katanya.

Sharifudin berkata saksi yang melihat kejadian kemudian menghubungi polis, dan Vijinran dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, Vijinran yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala mati ketika menerima rawatan di hospital tersebut.

"Ekoran kejadian itu, polis menahan empat lelaki berusia antara 20 dan 25 tahun bagi membantu siasatan.

"Kesemua mereka kini direman sehingga 11 Jun bagi membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hasrat Haji tidak kesampaian

Posted: 05 Jun 2011 05:00 PM PDT

Hasrat Haji tidak kesampaian MASJID TANAH - Impian sepasang suami isteri menunaikan haji tahun depan tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan motosikal dinaiki dengan kereta di Jalan Hutan Simpan, berhadapan Kem 93 Depo Pusat Peluru, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Mohd Nordin Dolan, 55, bersama isterinya Ramlah Daud, 53, menaiki motosikal dalam perjalanan menghadiri kursus haji di Masjid Tanah dari rumah mereka di Paya Rumput, Sungai Udang.

Pemandu kereta, Hazwan Abd Halim, 24, berkata, dia dan isterinya, Sharidah Md Rais, 21, dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah ke bandar Melaka mendapati motosikal ditunggang pasangan warga emas itu memasuki laluannya.

"Saya dan isteri hendak ke tempat kerja, sebaik sampai depan Depoh Simpanan Peluru di sini, tiba-tiba motosikal dinaiki mangsa cuba memotong kereta dan terus memasuki laluan bertentangan.

"Apabila melihat mo-tosikal itu sudah semakin hampir dengan kereta, saya tekan brek dan mengelak dari merempuh mereka, disebabkan hujan dan jalan licin.

"Motosikal tu terus langgar sebelah kiri kereta dan cermin sebelah penumpang pecah, saya terkejut apabila tangan sebelah kanan mangsa putus hingga paras siku dan tercampak ke dalam kereta melalui cermin terus berada atas pangku isteri saya," katanya menceritakan detik cemas itu.

Beliau dan isteri yang cemas melihat tangan mangsa putus terus melajakkan kereta ke hadapan selepas ia terhenti di tengah jalan menghalang laluan mendapati kedua mangsa sudah terbaring atas rumput di tepi jalan.

"Sementara itu, anak bongsu mangsa, Nor Hafizudin Mohd Nordin, 15, berkata, kedua ibu bapanya itu keluar dari rumah pada jam 9 pagi untuk menghadiri kursus haji di Masjid Tanah kerana berhasrat merealisasikan impian itu pada tahun depan.

"Ayah akan pencen sebagai kerani di Kem Terendak pada Julai ini manakala ibu pula tidak bekerja dan mereka sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan haji dan menunggu sehingga ayah bersara dari pekerjaan.

"Ibu dan ayah tiada pula menunjukkan sebarang perubahan kebelakangan ini dan kami sekeluarga semua seperti biasa dan tidak menyangka pula pagi ini (semalam) mereka 'dijemput' dengan berbekalkan impian yang tak kesampaian.

Nor Hafizudin, anak bongsu dari lima beradik bersama dua abangnya, Nor Hakim, 23, dan Nor Azam, 28, bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan kejadian yang menimpa kedua ibu bapanya itu terus memangku ibunya yang sudah meninggal di tempat kejadian.

Sementara itu, Pegawai Turus Bahagian Trafik Daerah Alor Gajah, Assistant Superintendan Mohd Zuki Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahkan kemalangan ngeri yang membabitkan sepasang warga emas menaiki motosikal untuk menghadiri kursus haji di Masjid Tanah.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di mana dipercayai jalan raya licin hingga kereta Waja yang dipandu pasangan suami isteri itu berpusing melintang jalan dalam cubaan untuk mengelak dari melanggar pasangan warga emas yang menaiki motosikal," katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved