Isnin, 6 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mangsa Masih Trauma

Posted: 05 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mangsa Masih Trauma KUANTAN – Mangsa jenayah yang trauma memerlukan individu yang boleh dipercayai bagi membantu mereka mengubah sikap walaupun mengambil masa untuk kembali normal.

Kaunselor, Asmadi Abdul Rahman berkata, trauma adalah satu tekanan perasaan yang ditanggung individu akibat jenayah atau perkara yang tidak direlai sehingga mengakibatkan gangguan dalam rutin harian mereka.

Menurutnya, trauma boleh pulih walaupun mengambil tempoh yang lama dan bergantung kepada situasi yang dialami.

"Trauma boleh pulih dalam jangka masa tertentu. Dalam tempoh itu juga mangsa sangat berharap ditemani individu yang dipercayai terutama ibu dan bapa," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, ada juga mangsa yang trauma kerana mereka tidak mengetahui prosedur atau perkara yang perlu dilakukan sehingga berterusan menjadi mangsa dera atau jenayah.

Katanya, trauma itu sebenarnya banyak berlaku kepada rumah tangga individu yang cetek pengetahuan serta tidak mempunyai pengalaman.

Beliau menasihatkan ahli keluarga mangsa jenayah tidak terlalu memberi tekanan sebaliknya memberi harapan supaya dapat melupakan perkara itu.

"Selain itu, sebagai umat Islam kita perlu percaya kepada ketentuan Allah dan sesuatu kejadian itu ada hikmahnya," katanya yang mahu keluarga mangsa trauma tidak menyalahkan mereka.

Menurutnya, sebagai umat Islam yang percaya dengan Qada dan Qadar Tuhan, mangsa perlu banyak bersabar dan tidak meletakkan perkara itu sebagai kesalahan dirinya.

Beliau berkata, ada juga keluarga mangsa trauma membawa mereka berjumpa pengamal perubatan tradisional bagi memulihkan semangat mereka.

Katanya, perkara itu tidak salah selagi tidak menyalahi hukum syarak dan melanggar undang-undang.

"Jangan terlalu taksub membawa mangsa berjumpa pengamal perubatan sehingga bercampur lelaki dan perempuan dan mewujudkan jenayah lain seperti yang selalu dilaporkan di akhbar," katanya.

Bagaimanapun, beliau menggalakkan keluarga mangsa jenayah berjumpa kaunselor kerana mereka lebih faham kaedah menangani kemurungan dan ketakutan yang dialami.

"Biasanya kes cabul atau rompak boleh ditangani kaunselor melalui perjumpaan dan nasihat bersama keluarga. Bagaimanapun, keluarga lebih utama yang dapat membantu menyembuhkan trauma," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved