Isnin, 6 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perut terburai rentung dalam kebakaran

Posted: 05 Jun 2011 05:00 PM PDT

Perut terburai rentung dalam kebakaran KUALA LUMPUR – Seorang pengurus syarikat besi dan pembekal akuarium rentung selepas kenderaan dipandu terbakar di Jalan Genting-Kelang menuju Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Khairul Islam, 30, warga Bangladesh gagal menyelamatkan diri setelah pintu pemandu tidak dapat dibuka.

Sebelum kejadian, mangsa bersama seorang pekerja dikenali sebagai Mohd Taib, 30, pulang menghantar akuarium di Shah Alam.

Mohd Taib berkata, setibanya di persimpangan trafik, orang ramai menjerit memberitahu terdapat percikan api di bawah van.

Menurutnya, ketika itu, majikannya terus gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh pagar.

"Ketika itu, api sudah marak. Saya terus keluar daripada van tetapi gagal menyelamatkan majikan kerana dia tersepit dan pintu tidak boleh dibuka," katanya ketika ditemui.

Mohd Taib hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat dari Balai Wangsa Maju berkata, mayat mangsa hanya dapat dikeluarkan dua jam kemudian.

Menurutnya, tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian tugasan menyelamat.

Anggota Penyiasat Kebakaran Bomba dan Penyelamat juga dilihat berada di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lima kawasan diwarta Zon Bebas Asap Rokok

Posted: 05 Jun 2011 05:00 PM PDT

Lima kawasan diwarta Zon Bebas Asap Rokok MELAKA - Lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka diisytiharkan sebagai Zon Bebas Asap Rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kawasan terbabit ialah bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin.

"Sesiapa didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300 walaupun kompaun maksimum RM5,000," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, premis atau kawasan milik individu yang terdapat dalam lima kawasan tersebut dikecualikan daripada larangan tersebut.

"Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mewartakan 21 tempat yang dilarang merokok seperti hospital, dalam kenderaan awam, institusi pendidikan, kompleks beli belah dan stadium," katanya.

Menurutnya, pelaksanaan Zon Bebas Asap Rokok itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong ke Melaka yang inginkan udara segar tanpa asap rokok.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved