Isnin, 6 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tempat makan, masak roboh

Posted: 05 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tempat makan, masak roboh SLIM VILLAGE – Keadaan Kuil Sri Kaliaman yang berusia lebih 100 tahun kini menyedihkan apabila tempat memasak dan tempat makannya roboh akibat tidak di baik pulih sejak sekian lama.

Pengerusi kuil, S Manikavasagam berkata, disebabkan ketiadaan peruntukan, pihaknya tidak dapat membaiki keadaan kuil itu.

Menurutnya, sebelum ini, kuil itu hanya dibina dan dibaiki menggunakan duit derma yang dikumpulkan oleh penganut yang hadir.

"Kita cuba memohon daripada pelbagai pihak untuk membaik pulih keadaan kuil ini kerana uzur dimamah usia.

"Namun usaha kita memohon peruntukan membaiki kuil seolah-olah tidak dilayan kerana sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil," katanya.

Manikavasagam berkata, kuil itu digunakan untuk pelbagai aktiviti sekiranya ia tidak dibaiki maka sukar untuk pihaknya menjalankan program keagamaan.

"Bahagian dinding tempat masak dan makan sudah roboh, justeru sukar bagi kami untuk mengadakan aktiviti.

"Selain itu, kita juga mahukan kawasan di luar kuil diturap bagi memudahkan penganut untuk hadir, manakala pemasangan pagar di sekeliling ini juga perlu dibina," katanya.

Katanya, kawasan kuil berkenaan sememangnya tidak diwartakan namun, ia sudah dibina melebihi 100 tahun.

"Kita tidak mahu peruntukkan yang banyak kerana cukuplah sekadar dapat membaiki dan memberi keselesaan kepada penduduk yang hadir.

"Setakat ini tiada sebarang tindakan diambil, diharap pihak berkenaan dapat membaik pulih kerosakan dengan segera," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved