Selasa, 7 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kanak-kanak lapan tahun dirogol dalam tandas

Posted: 06 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kanak-kanak lapan tahun dirogol dalam tandas PETALING JAYA – Tragedi hitam pada malam kenduri kahwin menimpa seorang kanak-kanak berusia lapan tahun apabila dirogol seorang lelaki tidak dikenali malam Sabtu lalu.

Peristiwa malang itu, berlaku ketika mangsa ke tandas setelah hadir ke sebuah majlis perkahwinan bersama kakak dan abang iparnya di dewan sebuah sekolah rendah di Sekinchan, Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa meminta abang iparnya menemaninya ke tandas untuk membuang air.

"Abang iparnya tunggu di kantin berhampiran dan kira-kira 10 hingga 15 minit kemudian dia ada tanya mangsa sama ada sudah selesai tetapi mangsa beritahu belum.

"Secara tiba-tiba abang ipar mangsa terkejut kerana dengar bunyi jeritan,"katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, semalam.

Menurutnya, selepas itu abang ipar mangsa melihat seorang lelaki keluar dari tandas dalam keadaan bogel dan dia terus meminta pertolongan orang ramai bagi membantu memberkas lelaki terbabit.

Mohd Adnan berkata, suspek lingkungan 20 an itu diserahkan orang ramai kepada polis kerana dipercayai merogol mangsa dalam tandas berkenaan.

Katanya, mangsa yang trauma akibat kejadian di bawa menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) oleh abang iparnya.

Menurutnya, dalam pada itu siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suami isteri maut kereta terbabas dalam gaung

Posted: 06 Jun 2011 05:00 PM PDT

Suami isteri maut kereta terbabas dalam gaung SEGAMAT - Sepasang suami isteri maut dalam satu kemalangan apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 60, Jalan Segamat-Muar, jam 3 petang semalam.

Mangsa yang merupakan seorang anggota bomba, Mazlan Dolah, 52, bersama isterinya, Hasnah Ahmad, 48, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali ketika mengesahkan kejadian berkata, kedua-dua mangsa bersama tiga anak, menantu dan anak saudara mereka sedang dalam perjalanan pulang dari Serting menuju ke Felda Sri Ledang apabila kenderaan yang dipandu Mazlan hilang kawalan lalu terbabas.

Menurut Abdul Majid, sebanyak tiga kenderaan Bomba dan Penyelamat Segamat dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa tersepit kerana kenderaan mereka terbalik di sebalik pokok.

Sementara itu, tiga lagi mangsa yang terselamat dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk rawatan lanjut.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved