Selasa, 7 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Terengganu terus diaibkan

Posted: 06 Jun 2011 05:00 PM PDT

Terengganu terus diaibkan KUALA TERENGGANU – Kekalahan ke atas Kedah minggu minggu terus menghantui Terengganu apabila sekali lagi dimalukan pencabar utama, Kelantan 3-0 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.

Peluang beraksi di laman sendiri gagal dimanfaatkan sepenuhnya pasukan tuan rumah, sekali gus menyaksikan perlawanan kedua Terengganu tewas di hadapan ribuan penyokong yang hadir.

Ketiadaan Mohd Ashaari Shamsudin yang digantung satu perlawanan, dilihat banyak mempengaruhi rentak permainan pasukan tuan rumah yang tampil dengan aksi hambar.

Kehadiran kira-kira 10,000 penyokong Skuad Penyu gagal menyekat keghairahan pasukan pelawat untuk mempamerkan aksi garang, sekali gus membuatkan skuad kendalian Mohd Irfan Bakti Abu Salim itu seakan kehilangan rentak.

Gol awal pelawat pada minit ketujuh perlawanan menerusi rembatan kemas, Mohd Izuan membuatkan penyokong tuan rumah terpaku seketika.

Tersentak dengan jaringan itu, Skuad Penyu cuba bangkit untuk menyekat kemaraan pasukan pelawat, namun keputusan itu kekal hingga babak akhir separuh masa pertama.

Memulakan babak kedua perlawanan, Terengganu cuba menyusun rentak permainan dengan beberapa cubaan berbahaya di hadapan gawang gol pelawat, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha terus menambah derita pasukan tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-73, hasil kesilapan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee yang terlalu awal keluar dari gawang, sekali gus turut menerjah rakan sepasukan.

Percaturan Mohd Irfan Bakti Abu Salim yang membuat pertukaran pemain dengan mengeluarkan Kalang Tie Joseph dan memasukkan Mohd Fakhrurazi Musa nyata gagal menajamkan jentera serangan Terengganu.

Aksi longgar pada bahagian pertahanan pasukan tuan rumah terus dihukum pelawat, apabila Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol peribadi keduanya pada masa kecederaan.

Kemenangan selesa Kelantan itu terus melenyapkan impian Terengganu untuk merampas takhta liga yang sebelum ini berkongsi mata dan hanya dibezakan jumlah jaringan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved