Selasa, 7 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Warga asing perlu imbas cap jari

Posted: 06 Jun 2011 05:00 PM PDT

Warga asing perlu imbas cap jari KUALA LUMPUR – Warga asing yang memasuki Malaysia dikehendaki mengimbas cap jari mereka pada pintu masuk di negara ini dan ini dapat kurangkan kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu adalah permulaan kepada penggunaan sistem biometrik dalam kalangan warga asing bertujuan me-ngurangkan kadar jenayah dan dijangka beroperasi hujung bulan ini.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem itu antara usaha menurunkan kadar jenayah seperti termaktub dalam nilai keberhasilan utama negara (NKRA).

Menurutnya, menerusi sistem itu, agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dapat mengesan pergerakan warga asing terbabit.

"Apabila imbasan dijalankan, maklumat dan data peribadi warga asing terbabit direkod sebelum ini, akan dikesan semua agensi berkenaan.

"Mereka boleh mengesan kemungkinan individu itu melakukan jenayah seperti penyeludupan dadah, pengubahan wang dan perdagangan manusia," katanya pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Hishammuddin berkata, ciri-ciri keselamatan pada sistem biometrik itu sukar diatasi oleh warga asing yang cuba mengambil peluang melakukan jenayah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMNO perlu imej baru

Posted: 06 Jun 2011 05:00 PM PDT

UMNO perlu imej baru SHAH ALAM – UMNO disarankan ubah imej luaran parti supaya rakyat, khususnya dalam kalangan bukan Islam, memberi keyakinan penuh kepada kepimpinan parti untuk terus menerajui negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, walaupun pada dasarnya, UMNO tidak lari dari konsep memperjuangkan Islam, ia sedikit sebanyak memberi impak kepada keperibadian parti.

"Kita tahu memang UMNO sejak dulu lagi memperjuangkan agama, bangsa dan negara sebagai tonggak utama, namun kita lihat imej itu boleh ditukar supaya bersesuaian dengan apa yang diperjuangkan.

"Kita sedia maklum, Islam dibawa UMNO adalah Islam sederhana dan tidak menakutkan golongan bukan Islam, Islam dibawa UMNO adalah Islam yang boleh diterima umum," katanya ketika diminta mengulas mengenai imej dibawa Pas dalam menarik golo-ngan bukan Islam menjadi ahli parti.

Mashitah berkata, beliau tidak berhasrat mencadangkan perkara itu kepada pihak atasan, cuma melihat terdapat ruang perlu diperbaiki, terutama mengenai imej dibawa ahli.

"Dalam hal ini, semua individu beragama Islam faham, setiap perkara ada hukumnya. Cuma mungkin imej beberapa individu dalam UMNO dilihat masyarakat sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan parti.

"Saya doakan mereka dibuka hati dan dapat lakukan perubahan positif untuk diri sendiri, parti, rakyat dan negara," katanya.

Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya berkata, UMNO perlu mencontohi imej Islam yang dibawa Pas dan menjadikan Islam sebagai asas utama perjuangan parti.

"Dalam hal ini, Pas cenderung memperjuangkan dasar Islam. Bagaimanapun, parti itu belum menolak sepenuhnya kepentingan politik parti dalam perjuangan mereka, manakala imej Islam yang dibawa UMNO masih samar-samar.

"Tidak semestinya membudayakan Islam de-ngan berjubah dan berserban kerana Islam lebih syumul atau lebih kepada cara hidup. Namun, sekiranya imej Islam mampu menarik golongan bukan Islam, perkara ini perlu diteliti," katanya.

Beliau sarankan agar kedua-dua parti saling menghormati antara satu sama lain dengan menyokong setiap program keagamaan dianjurkan kedua pihak.

"Sekiranya Pas anjurkan program agama, UMNO perlu memberikan sokongan dan sekiranya UMNO adakan program agama, Pas perlu tunjukkan kesepakatan dengan memberikan tindak balas positif.

"Dalam hal agama, kedua-dua parti perlu menolak kepentingan politik," katanya.

Fathul Bari berkata, sekiranya menjadikan Islam perjuangan sampingan, bukan keutamaan, minat masyarakat untuk mendalami Islam dan mendekati parti tidak akan tumbuh.

"Tiada inisiatif lain, selain kita sendiri bertanggungjawab mengangkat dan menonjolkan Islam kerana Islam bukan sekadar pada nama, tetapi pada penampilan individu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved