Selasa, 7 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Derita kanak-kanak 3 tahun

Posted: 06 Jun 2011 05:00 PM PDT

Derita kanak-kanak 3 tahun KARAK – Pasangan suami isteri, Muhammad Hishamuddin Hassan, 42 dan Rohani Rashid, 38, tidak menyangka bengkak di bahagian anggota badan anak sulung mereka merupakan satu petanda penyakit.

:Muhammad Hishamuddin berkata, anak sulung mereka, Radiatul Qaisara, 3, disahkan menghidap "Acute Lymphoblastic Leukemia" iaitu penyakit kanser darah awal tahun ini.

Menurutnya, berita itu amat mengejutkan mereka sekeluarga dan saat paling menyedihkan apabila anaknya itu mengadu sakit setiap kali menjalani rawatan kemoterapi.

"Memandangkan Radiatul diserang bengkak semasa pulang ke kampung ibu mentua di Kelantan hujung tahun lalu, kami membawanya ke Hospital Raja (P) Zainab II Kota Baharu kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Berdasarkan penjelasan doktor, anak saya perlu menjalani rawatan kemoterapi secara intensif di Unit Onkologi Pediatrik HUSM dan rawatan susulan secara berkala seumur hidup," katanya kepada Sinar Harian.

:Muhammad Hishamuddin berkata, pihaknya terpaksa berulang alik ke HUSM sekiranya anaknya itu dipanggil untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, memandangkan pada peringkat awal penyakit, Radiatul sudah dirujuk ke HUSM dan menjalani lebih lima kali pengambilan air sum sum tulang belakang di sana, maka pertukaran hospital menjadi sukar dan mereka sekeluarga terpaksa juga berulang-alik.

"Apa yang menjadi kekangan pada masa ini ialah kewangan kerana saya hanya bekerja sebagai penoreh getah manakala isteri pula suri rumah sepenuh masa.

"Malah, isteri saya baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian kepala akibat ketumbuhan hujung tahun lalu menyebabkan dia sering sakit-sakit selain terpaksa bergantung kepada ubat," katanya.

Dia berkata, rawatan anaknya di HUSM kadangkala mengambil masa selama dua minggu hingga menyebabkan dia tidak dapat bekerja dan mempunyai pendapatan.

Sehubungan itu, orang ramai yang prihatin dan ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi talian 017-9747486 dan menyalurkannya ke akaun CIMB 06010738617522.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved