Selasa, 7 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sejak 10 tahun harap ‘cahaya’

Posted: 06 Jun 2011 05:00 PM PDT

Sejak 10 tahun harap 'cahaya' KUALA KEDAH - Hanya mengharapkan ihsan jiran dan cahaya bulan pada waktu malam, itulah yang berlaku kepada 50 daripada 100 rumah di Kampung Tengku Laksamana, Kuala Kedah yang masih belum menerima bekalan elektrik.

Penduduk, Hasnah Bakar, 56, berkata, bekalan elektrik yang masih belum dibekalkan di kampung itu menyebabkan penduduk terpaksa berkongsi bekalan dengan jiran menggunakan generator, lilin dan pelita.

Menurutnya, kebanyakan penduduk yang hanya bekerja sebagai nelayan sudah penat memohon bekalan elektrik dimasukkan di kawasan berkenaan kerana ia berlanjutan lebih 10 tahun.

"Sudah lama penduduk di sini bersabar dengan permohonan bekalan elektrik kerana ini kemudahan asas yang perlu disediakan di setiap kawasan perumahan.

"Kebanyakan penduduk di sini berusia sekitar 50 tahun, jadi apabila bekalan elektrik tiada, ia menimbulkan kesukaran kepada mereka untuk bergerak, begitu juga dengan kanak-kanak yang mahu mengulang kaji pelajaran," katanya kepada Sinar Harian.

Hasnah berkata, ketiadaan bekalan elektrik itu sering menimbulkan masalah kepada penduduk terutama sewaktu mengadakan kenduri.

Bagi Ghazali Taib, 34, tidak semua penduduk mampu membeli generator kerana ia memerlukan kos yang tinggi termasuk minyak yang digunakan.

Menurutnya, kos yang perlu dibelanjakan untuk membeli minyak bagi menghidupkan generator sekitar RM6 yang mampu bertahan selama lapan jam dan dia terpaksa membelanjakan RM20 untuk satu malam.

Menurutnya, dia hanya bekerja sebagai buruh binaan dan pendapatan sekitar RM800, namun separuh daripada gajinya terpaksa digunakan untuk membeli minyak.

"Saya terpaksa menggunakan generator walaupun memerlukan modal yang tinggi untuk memberi keselesaan kepada anak saya terutama sewaktu mereka mengulang kaji pelajaran.

"Namun, sampai bila kami terpaksa menanggung masalah ini sedangkan orang lain mudah sahaja memperoleh bekalan elektrik," katanya.

Seorang lagi penduduk, Azmi Sudin, 47, berkata, dia mahukan hak yang sama rata dengan masyarakat yang menerima pelbagai kemudahan.

Azmi berkata, masalah yang dihadapi itu diharap dapat diberi perhatian dan diambil tindakan segera.

Katanya, pihak bertanggungjawab diharap tidak membiarkan penduduk mengalami masalah berkenaan secara berterusan demi kemudahan semua.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved