Selasa, 7 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Antara Perpaduan dan Persepakatan

Posted: 06 Jun 2011 05:00 PM PDT

Terus terang, saya hanya benar-benar mengenali Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada tahun-tahun pasca gerakan Reformasi 1998. Pada ketika itulah, saya mengorak langkah pada akhir zaman keremajaan bersama PAS, antara organisasi politik dan bukan politik lainnya, ketika ayah ditahan di tembok besi Penjara Sungai Buloh selaku tahanan politik.

Liku-liku reformasi saya ikuti apabila diberi peluang berucap di atas pentas yang sama, dalam ceramah-ceramah umum anjuran PAS dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) antara lain yang diadakan di serata pelosok tanah air.

Saya meneliti disiplin golongan ahli PAS yang benar-benar menjiwai perjuangan parti yang sudah wujud sejak 57 tahun lalu, komitmen dan ketaatan mereka kepada pimpinan, dan terutamanya, prinsip Islam dalam dokongan yang diberikan menentang kezaliman yang diperlakukan oleh kerajaan pusat terhadap ayah.

Ternyata, kesanggupan menyambut orang nombor dua dalam parti politik yang menjadi musuh ketat PAS selama ini demi prinsip keadilan dan kebenaran itu memahat kefahaman serta keinsafan di dalam diri saya - memandangkan parti yang ayah ceburi selama 16 tahun lamanya bukan sahaja buta mengenal jasa kawan, tetapi buta akan kebenaran!

Justeru walau tidak mengenali sepenuhnya, pada ketika itulah saya belajar menghargai pengalaman berjuang seiring dan sehaluan dengan pimpinan serta ahli jemaah PAS.

Oleh itu, saya berani katakan, pengalaman menerusi tahun-tahun pahit getir bersama mereka yang sudi menyambut kita berdasar prinsip yang dipegang menjadi prasyarat kepada kesediaan untuk bekerja bersama, dalam satu rangkaian demi membina masa depan yang lebih terjamin dan beramanah kelak.

Hal inilah yang langsung tidak dipegang oleh pimpinan UMNO. Justeru, selesai sahaja Muktamar Tahunan PAS ke-57 semalam, serangan dan hambatan bertali-arus dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO sehinggalah kepada anak Mantan Presiden UMNO hanya kerana PAS, yang konsisten sejak dulu, meluluskan usul yang dibawa sendiri oleh Dewan Ulama mengecam tindakan penayangan video lucah yang disamakan dengan fitnah yang jahat. Tindakan Ustaz Mohd Nor Deris menggesa agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertaubat kerana mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam isu moral dan rakaman video seks menampakkan kedangkalan pemikiran Ulama UMNO yang tidak pandai bezakan fitnah dan tuduhan jahat ini.

Tapi saya ingin bertanyakan di sini: mengapakah serangan sebegini daripada UMNO terhadap bukan sahaja PAS, malah juga PKR dan DAP, masih berterusan malah bertambah teruk? Mengapakah pihak UMNO hanya memberi fokus pada isu yang tidak bersifat remeh dan picisan, dan tidak berani berdebat pada tahap isu-isu dasar, seperti yang terkandung dalam dokumen yang dipegang erat oleh setiap parti komponen Pakatan Rakyat (PR), iaitu janji-janji kami dalam Buku Jingga? Atau apakah sebenarnya hingga ke hari ini UMNO-Barisan Nasional masih tidak berani untuk mengakui bahawa Buku Jingga ini benar-benar menggugat kedudukan mereka oleh sebab Pakatan Rakyat benar-benar mendengar rintihan hati nurani rakyat yang kian hari kian tertindas dek harga barang yang naik, naik, dan terus naik?

Oleh itu, cukup jelas bahawa senario pasca-muktamar PAS kali ini adalah satu petanda yang amat menggerunkan buat Barisan Nasional (BN) dan terutamanya UMNO. Ia adalah petanda bahawa Pakatan Rakyat semakin erat persaudaraan dan bertambah hebat kekuatan. Ia adalah petanda hari-hari mendatang yang semakin kelam buat mereka yang tamak haloba dan rakus menjajakan harta pusaka tanah air kita, dan masa depan yang bertambah cerah buat kita semua rakyat Malaysia yang menginginkan kebaikan, kemuliaan, dan keadilan untuk semua. Ia adalah petanda bahawa iltizam dan harapan yang dipegang anak-anak dan ibu bapa kita semakin menjadi realiti, tatkala kita menjejak langkah ke menuju Malaysia yang lebih baik.

Inilah yang digeruni mereka kerana bersama pimpinan yang mantap dalam kesemua parti komponen PR, kita mampu menyelamatkan negara dan mendatangkan reformasi yang tulen kepada politik, ekonomi, dan masyarakat amnya - demi rakyat, demi masa depan, demi Malaysia yang lebih baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3 cabaran BN menjelang PRU-13

Posted: 06 Jun 2011 05:00 PM PDT

Gabungan 'maut' pesona peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, agihan dana kerajaan dan kempen melalui media massa telah menambah populariti Barisan Nasional (BN) dan UMNO sejak kebelakangan ini.

Namun demikian, tiga faktor yang terjadi baru-baru ini mungkin akan mengubah perkembangan yang sedang berpihak kepada BN: Pertama ialah penolakan agenda 'perpaduan Melayu' oleh PAS; kedua ialah inflasi yang semakin meningkat; dan ketiga ialah gelombang anti-penyandang jawatan yang melanda Singapura minggu lepas.

Tiga faktor ini akan menjadikan persiapan menjelang PRU-13 yang menjelang lebih kompleks. Malahan, faktor tersebut akan menguatkan lagi pola negatif-terutamanya kerisauan masyarakat Kristian dan bukan Melayu seperti yang disaksikan ketika pilihan raya Sarawak yang lalu. Sememangnya, keinginan UMNO untuk 'berjuang' bersendirian, melunturkan sokongan tradisi mereka daripada kalangan masyarakat Malaysia yang moderat.

Parti keramat yang memerdekakan bangsa kita ini telah berjaya memegang tampuk pemerintahan selama lebih lima dekad kerana pentadbiran dan dasar makroekonomi yang kukuh, pandangan moderat dan kebernasan menguruskan hubungan antara kaum. Namun demikian, legasi peninggalan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein semakin pudar ditelan zaman.

Muktamar PAS hujung minggu lepas telah memperlihatkan puak profesional dan aktivis PAS (yang digelar Erdogan) mengambil alih pucuk pimpinan parti. Dengan mengundi keluar Nasharuddin Mat Isa dari kerusi No 2 parti, golongna ahli PAS telah menolak gagasan yang ditawarkan oleh UMNO untuk membentuk kerajaan Melayu yang gah.

Perkembangan politik dalaman PAS ini ditambah dengan kritikan pedas Tuan Guru Hadi Awang terhadap UMNO, memperlihatkan kesungguhan parti Islam itu untuk bersama-sama dalam Pakatan Rakyat. Sememangnya, serangan bertubi-tubi terhadap pakatan pembangkang telah memperkuatkan lagi keazaman Pakatan untuk menentang BN. Walaupun Anwar Ibrahim masih merupakan tokoh penting buat Pakatan, tetapi jelas kini bahawa mereka mampu bertahan tanpa beliau dan mungkin ada baiknya jika Anwar digugurkan sebagai Ketua Pembangkang.

Selain isu politik, keadaan ekonomi juga tidak menentu. Ketidakstabilan harga minyak di pasaran dunia telah menyebabkan kadar inflasi meningkat. Sebagai negara pedagang, Malaysia sememangnya tidak terlepas dari tekanan lonjakan harga ini. Indeks Harga Konsumer pada April 2011 berada pada 3.2 peratus berbanding April 2010, tetapi inflasi harga makanan telah melonjak 4.9 peratus dalam waktu yang sama.

Saya yang jarang ke pasar juga dapat merasakan kenaikan harga barang seperti gula, cili dan beras ketika memesan makanan untuk majlis doa selamat di pejabat saya kelmarin. Ternyata, sepinggan nasi ayam berharga RM 4.50, bukan gurauan apabila anda mempunyai lima orang ahli keluarga untuk disuap mulutnya.

Kenaikan tarif elektrik yang tidak dapat dielakkan (melainkan kontrak IPP diubah) sudah tentunya akan membebankan hampir semua lapisan masyarakat terutama sekali pengguna golongan kelas menengah.

Isu yang ketiga, sudah tentunya sentimen anti penyandang-jawatan (anti-incumbency) yang sedang melanda dunia. Sememangnya, isu ini juga berhubung dengan kesihatan ekonomi domestik. Dalam hal ini, pemimpin politik BN hanya perlu memandang ke seberang Tambak Johor, di mana parti pintar PAP telah gagal untuk mengganti sipasi kemarahan dan kekecewaan masyarakat. Ternyata, ekonomi yang melonjak naik dan kadar pengangguran yang rendah- tidak cukup untuk memuaskan hati para pengundi.

Rakyat Singapura sudah bosan mendengar 'syarahan' daripada Menteri mereka yang terlebih digaji dan kehilangan sentuhan umum dalam merangka dasar yang tidak memenuhi keperluan dan kehendak semasa rakyat. Lihatlah betapa sesaknya tren MRT di Singapura dan anda akan bayangkan betapa susahnya rakyat Singapura harus bekerja seharian untuk menampung kehidupan mereka.

Oleh itu tidak hairanlah PAP terpaksa menelan keputusan pilihan raya yang paling buruk di mana undi popular yang diraih kerajaan hanya 60 peratus dan salah seorang yang disebut sebagai calon Perdana Menteri, George Yeo ditewaskan.

Singapura, seperti Bahrain, Mesir dan Tunisia telah melalui revolusi dari segi penyebaran maklumat melalui media sosial, yang telah akhirnya berjaya mendemokrasikan aliran berita dan analisis.

Pilihan raya ini juga memperlihatkan bagaimana pandangan rakyat Singapura telah berubah. Jika sebelum ini, parti tersebut digeruni, sekarang, rakyat sudah semakin membenci atau sekadar 'bersabar' dengan sikap 'jelek' PAP.

Saya masih teringat omongan pegawai imigresen Singapura sewaktu mengesahkan pasport saya; beliau dengan bangga berkata, "Sekarang, kerajaan harus mendengar pandangan kami rakyatnya."

Pakar strategi BN seharusnya belajar dari politik Singapura. Sudah tiba masanya, BN harus mendengar dan bergerak serentak mengikut nadi rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved