Isnin, 6 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Norhalisa ingin pulang

Posted: 05 Jun 2011 05:00 PM PDT

Norhalisa ingin pulang SIMPANG RENGGAM - Seorang ibu, Joriyah Ismail, 41, merayu mohon bantuan kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO bagi membantu membawa pulang anak perempuannya yang kini berada di Lombok, Indonesia sejak tiga tahun lepas.

Joriyah yang berasal dari Kampung Tengah, Layang-Layang berkata, anak gadisnya, Norhalisa Umno @ Mohammad, 23, ada menghubunginya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dua bulan lepas yang memaklumkan bahawa dia mahu pulang ke negara ini selepas mengalami kesukaran hidup di Lombok.

"Anak saya (Norhalisa) menghilangkan diri dari rumah pada usianya 19 tahun. Selepas mengetahui kehilangan Norhalisa, puas kami mencarinya di serata tempat termasuk menghubungi kawan-kawannya.

"Bagaimanapun, usaha yang dilakukan itu gagal sehinggalah saya diberitahu dia berada di Lombok melalui SMS yang dikirimkannya dua bulan lepas kepada saya," katanya kepada media selepas memohon bantuan kepada Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Khairun Aseh di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam, semalam.

Menurut Joriyah, Norhalisa memberitahu dia berada di Lombok sejak tiga tahun lepas selepas berkahwin dengan lelaki dari sana yang dikenali sebagai Man dan memiliki anak lelaki berumur setahun setengah.

Di samping itu, Joriyah yang ditemani suaminya, Yunus Mat Zin, 45, berkata, Norhalisa menerusi beberapa SMS yang lain memberitahu anak perempuannya tidak bekerja manakala Man pula meninggalkan dia selepas mendapat pekerjaan di Brunei.

"Dalam SMS tersebut, Norhalisa juga memberitahu hubungannya dengan ibu dan bapa mertuanya tidak baik dan dia kini terpaksa menumpang di rumah seorang rakan di Gunung Mujur, Desa Bujak, Kecematan Batukliang selepas bergaduh dengan mereka.

"Norhalisa sudah beberapa kali minta saya bantu dia balik ke Malaysia. Walaupun saya tahu anak saya melakukan kesilapan, tetapi ibu mana yang tidak risau bila anak sendiri menderita. Saya merayu kepada mana-mana pihak supaya dapat membantu saya kerana kami orang susah tidak mampu untuk menanggung kos bagi membawa pulang anak saya ini," katanya.

Sementara itu, Muhamad Khairun berkata, Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dan UMNO Bahagian Simpang Renggam akan berusaha mencari jalan membawa pulang Norhalisa ke pangkuan keluarganya.

"Ia bukan mudah kerana Norhalisa masuk ke Lombok ketika umurnya 19 tahun, maka dia tidak lagi boleh dianggap dilarikan diri ke sana dan tidak dilindungi di bawah Akta Kanak-kanak.

"Tetapi dia melakukan kesalahan kerana memasuki Indonesia secara haram dan boleh dihukum penjara enam tahun atau denda 30 juta rupiah. Bagaimanapun, saya akan mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa Indonesia dan membuat rayuan supaya Norhalisa dapat dibebaskan dari penjara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved