Ahad, 5 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Peniaga dakwa dikasari

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

Peniaga dakwa dikasari KUANTAN - Seorang peniaga ubat tradisional kini trauma selepas mendakwa mendapat layanan 'kasar' daripada anggota penguat kuasa di sebuah pasar pagi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku di pasar pagi Kampung Jawa kira-kira jam 8.30 pagi di sini, mangsa, Loh Woei Seong, 37 dari Menglembu, Perak mendakwa diseret empat anggota penguat kuasa ke dalam kenderaan.

Menurutnya, kejadian itu berlaku selepas dua anggota penguat kuasa yang tidak memakai uniform ingin merampas barangan jualan iaitu minyak urut dan ubat kulit bernilai kira-kira RM1,000 yang dijual pada hari tersebut.

"Saya meminta supaya anggota itu menunjukkan kad kuasa namun tidak dilayan sebaliknya menunjukkannya dari jauh selepas merampas barangan jualan.

"Anggota terbabit juga meminta dan mengambil kad pengenalan secara paksa di dalam kenderaan dan hanya serahkan di balai polis apabila diminta anggota polis," dakwanya ketika ditemui di sini.

Woei Seong berkata, ini kali pertama dia mencuba nasib mencari rezeki di pasar itu tahun itu dan langsung tidak menduga terpaksa berhadapan kejadian itu.

Menurutnya, dia terkilan dan tidak berpuas hati dengan layanan kurang profesional anggota terbabit yang tidak menggunakan budi pekerti kerana sedar dengan kesalahan yang dilakukan.

"Akibat kejadian ini, saya mengalami calar di bahagian tangan kiri dan kanan selain belakang.

"Kalau anggota terbabit meminta dengan cara berhemah, saya akan memberikan kerjasama sebaik mungkin," katanya.

Selain itu, dia juga mendakwa perlu menunggu kira-kira tiga jam di luar lokap balai polis itu sebelum menghubungi ibu pejabat DAP yang membantunya dengan jaminan RM1,500.

"Saya berjalan kaki hingga ke lokasi pasar itu sebelum ada beberapa peniaga di situ merujuk masalah saya ke Pejabat Ahli Parlimen Kuantan.

"Dengan bantuan Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chon Siang, saya di bawa ke pejabat penguat kuasa terbabit untuk mendapatkan penjelasan lanjut akan tindakan anggota tersebut," katanya.

Sementara itu, Chon Siang berkata, beliau mendapatkan maklum balas daripada pegawai terlibat namun tidak berpuas hati dengan respons diterima sebaliknya mendakwa dicabar supaya membuat laporan polis.

"Kira-kira jam 4.38 petang hari yang sama, saya membawa mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved