SH |
Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT Hidu bau busuk setiap hari
KAMPUNG PULAU - Usaha untuk memastikan tidak berlakunya pembuangan sampah haram di kawasan Kampung Pulau tampaknya tidak berhasil apabila masih wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa perkilangan di kawasan berkenaan.
Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Pulau, Jimmy Tan Chin Chai berkata, beliau menerima aduan penduduk yang tidak tahan dengan kawasan sekeliling mereka sehingga terpaksa menghidu bau busuk pada setiap hari. Menurutnya, aktiviti membuang sampah haram kepunyaan kilang berkenaan bukan sahaja menjejaskan persekitaran kawasan tetapi memberi pandangan negatif masyarakat kepada penduduk di kawasan berkenaan. "Selain itu, kita mahu pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap aktiviti haram yang dilakukan sejak beberapa bulan yang memberi kesan kepada penduduk di sini. "Bagaimanapun, usaha memantau pihak yang membuang sampah dan sisa-sisa kilang berkenaan akan diteruskan supaya dapat diambil tindakan sewajarnya supaya tidak mencemarkan nama kampung," katanya kepada Sinar Harian. Jimmy Tan, berkata, beliau kesal dengan pihak berkenaan yang mengambil jalan mudah untuk mencari kawasan kampung sebagai lokasi pembuangan sisa kilang mereka selain membiarkan sisa-sisa berkenaan bertaburan tanpa di selia dengan baik. Menurutnya, pelbagai aduan negatif diterima setiap hari namun tiada tindakan diambil walaupun dimaklumkan kepada pihak berkenaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan