Ahad, 7 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Terpedaya janji manis ejen

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Terpedaya janji manis ejen JOHOR BAHRU – Hanya bermodalkan air liur, seorang lelaki bertindak licik apabila mendakwa dirinya ejen program pengampunan pekerja asing untuk memperdayakan dua pemilik restoran dengan melarikan wang sebanyak lebih RM5,000.

Dua pemilik restoran itu melaburkan duit mereka selepas terperangkap taktik 'janji manis' penipuan ejen terbabit yang dikatakan menawarkan perkhidmatan pendaftaran sempena program pemutihan pekerja asing yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini.

Mangsa, Oh Ser Ser, 28, berkata, pada mulanya dia dihampiri seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Zai di sebuah Restoran di Taman Setia Indah dan menawarkan perkhidmatan itu kepadanya.

"Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM3,000, termasuk deposit RM1,000 untuk mendaftarkan pekerja asing yang menyalahi undang-undang dan saya akan diberikan kad untuk membuktikan bahawa pekerja saya sudah menjalani program pemutihan.

"Saya tidak tahu banyak tentang program pengampunan, jadi saya percaya apa yang dikatakan kerana saya fikir ia boleh menyenangkan saya kerana tidak perlu beratur panjang di pejabat Imigresen, namun tidak sangka pula sebenarnya saya ditipu," katanya.

Ser Ser berkata, dia telah membayar sebanyak RM4,200 kepada ejen terbabit untuk mendaftar dua pekerja asing yang bekerja dengannya.

Menurutnya, dia turut menawarkan perkhidmatan ejen itu kepada sepupunya, Kee Yong Yeu, 28, yang juga pemilik sebuah restoran, pada 30 Jun lalu.

"Sepupu saya membayar RM1,000 kepada ejen terbabit dan apabila kami menerima kad tiga minggu kemudian, kami merasakan sesuatu yang tidak kena kerana kad yang diberikan itu kelihatan sangat palsu.

"Saya kemudian mengambil keputusan untuk ke ibu pejabat Jabatan Imigresen di Setia Tropika pada Khamis (4 Ogos) di mana salah seorang pegawai memberitahu saya bahawa tiada kad itu dikeluarkan selepas menjalani proses itu," katanya.

Merasakan dirinya ditipu, Ser Ser bersama sepupunya itu membuat laporan polis dan turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati serta perlu merujuk sesuatu perkara dengan pihak jabatan terlebih dahulu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved