Selasa, 23 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Ops Sikap 24 sasar penurunan

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ops Sikap 24 sasar penurunan PETALING JAYA – Hasil kajian Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, purata kemalangan maut semasa Ops Sikap adalah 15 kematian sehari iaitu penurunan sebanyak tiga kes berbanding hari biasa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sepanjang tempoh Ops Sikap berlangsung, ia menunjukkan penurunan walaupun kenderaan di jalan raya meningkat tiga kali ganda semasa musim perayaan.

"Ini menunjukkan Ops Sikap yang dijalankan PDRM dapat mendidik orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan," katanya semasa berucap di majlis Pelancaran Ops Sikap ke-24 dan Kempen Rumah Selamat Tahun 2011, di sini semalam.

Menurutnya, Ops Sikap ke-24 sempena Hari Raya Aidilfitri bermula hari ini sehingga 6 September dan PDRM mensasarkan penurunan sebanyak 5 peratus berbanding operasi sebelum ini.

Untuk itu katanya, seramai 10,000 pegawai dan anggota ditugaskan di seluruh negara pada Ops Sikap kali ini

PDRM menetapkan kehadiran polis di 40 lokasi di lebuh raya dan 160 di jalan persekutuan.

Khalid berkata, saman ekor tetap dilaksanakan dan pihaknya akan mempamerkan kamera perangkap laju kepada pengguna jalan raya.

"Pendekatan kali ini kita tidak perlu menyorok sebalik tiang, pokok dan balik semak kerana kita menggunakan kamera baru yang lebih efisien.

"Kita akan letakkan tanda amaran awal di kawasan kamera dipasang tetapi jika masih ingkar, kami akan saman," katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata, operasi kali ini bertujuan untuk memberi kesedaran serta mendidik pengguna-pengguna jalan raya.

"Kita ambil pendekatan memberi peringatan, menasihati dan tingkat kesedaran kepada orang ramai," katanya.

Bapa ugut sembelih anak

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bapa ugut sembelih anak DUNGUN – "Sebaik sahaja saya nampak trak polis, saya nekad menahan dan mereka berhenti lalu bertanya apa yang berlaku, tetapi suami saya terus mengacu parang di leher anak saya.

"Polis minta suami bertenang dan memberitahu saya bahawa mereka akan selamatkan anak saya," kata Hasmah Kadmin, 46, ibu kepada Putri Intan Syawani, 4, ketika menceritakan detik mencemaskan ketika anak perempuannya yang berusia empat tahun itu nyaris disembelih suaminya sendiri yang dikatakan naik angin.

Kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu dipercayai berlaku di laluan lebuh raya berdekatan Bukit Besi ketika Hasmah bersama suaminya (suspek) dan tiga anaknya, Putri Intan Syawani, Putri Intan Syawana, 4, dan Putra Mohd Alif, 7, termasuk mangsa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman suaminya di Kedah.

Hasmah yang bekerja sebagai pembantu kedai di Sura Gate itu berkata, sebelum sampai di lokasi terbabit, suaminya dikatakan naik angin lalu mengambil salah seorang anak perempuan kembar mereka di atas riba suami yang sedang memandu.

Bagaimanapun, sebaik sahaja sampai berdekatan plaza tol dekat Bukit Besi, suaminya itu dikatakan makin ganas dengan mengambil sebilah parang yang diletakkan dalam keretanya sebelum dipercayai mengugut Hasmah untuk menyembelih anaknya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved