SH |
Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT Kami sokong hudud
IPOH – Pemuda Pas Pusat yakin dengan keputusan dibuat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini tidak menafikan usaha Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.
Naib Ketuanya, Raja Ahmad Al-Hiss berkata, cadangan pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Pas Kelantan dibawa semenjak tahun 1993 lagi dan kami melihat komitmen Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) dari dulu hingga sekarang terus menghalang pelaksanaan hukum hudud berkenaan. Namun, katanya, sedikit nafas baru daripada Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin yang menyatakan pendirian sebagai jiwa besar meminta tidak menghalang Pas melaksanakan hukum hudud tersebut. "Kami ucapkan terima kasih kepada Khairy dan kami berharap Khairy dapat suarakan hasrat sokongan tersebut pada Sidang Dewan Rakyat awal Oktober ini. "Suara Khairy itu nanti menunjukkan keseriusan kenyataan awalnya bagi menyokong pelaksanaan Hukum Hudud tersebut," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Beliau berkata, diharapkan ramai lagi Ahli Parlimen BN yang beragama Islam tidak curiga akan pelaksanaan hukum hudud ini dan berharap akan menyokong pandangan Khairy nanti di Parlimen. "Bagi kami biar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberikan alasan mereka tetapi Ahli Parlimen BN yang lain yakin bahawa hukum hudud ini sebahagian daripada apa yang telah dijelaskan di dalam al-Quran," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan