Sabtu, 1 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kami sokong hudud

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kami sokong hudud IPOH – Pemuda Pas Pusat yakin dengan keputusan dibuat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini tidak menafikan usaha Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

Naib Ketuanya, Raja Ahmad Al-Hiss berkata, cadangan pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Pas Kelantan dibawa semenjak tahun 1993 lagi dan kami melihat komitmen Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) dari dulu hingga sekarang terus menghalang pelaksanaan hukum hudud berkenaan.

Namun, katanya, sedikit nafas baru daripada Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin yang menyatakan pendirian sebagai jiwa besar meminta tidak menghalang Pas melaksanakan hukum hudud tersebut.

"Kami ucapkan terima kasih kepada Khairy dan kami berharap Khairy dapat suarakan hasrat sokongan tersebut pada Sidang Dewan Rakyat awal Oktober ini.

"Suara Khairy itu nanti menunjukkan keseriusan kenyataan awalnya bagi menyokong pelaksanaan Hukum Hudud tersebut," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, diharapkan ramai lagi Ahli Parlimen BN yang beragama Islam tidak curiga akan pelaksanaan hukum hudud ini dan berharap akan menyokong pandangan Khairy nanti di Parlimen.

"Bagi kami biar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberikan alasan mereka tetapi Ahli Parlimen BN yang lain yakin bahawa hukum hudud ini sebahagian daripada apa yang telah dijelaskan di dalam al-Quran," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved