Rabu, 1 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ribut ombak cemaskan penduduk

Posted: 31 May 2011 05:00 PM PDT

Ribut ombak cemaskan penduduk SEBERANG TEMERLOH – Lebih 100 penduduk Kampung Lebak Seberang berhadapan situasi cemas petang kelmarin apabila ribut melanda perkampungan mereka sehingga menyebabkan sembilan rumah rosak.

Kejadian pada jam 5.40 petang itu hampir sama dengan kejadian yang melanda perkampungan Orang Asli Paya Badak yang terletak bersebelahan Kampung Lebak Seberang, bulan lepas.

Penduduk, Shamsudin Ismail, 59, berkata, keadaan cemas berlarutan lebih 20 minit apabila ribut melanda perkampungan itu sehingga memaksa dia bersama seramai 15 ahli keluarganya berlindung di dalam rumah.

Menurutnya, kejadian pada petang kelmarin itu amat menakutkan kerana pertama kali berlaku dalam keadaan sangat mencemaskan.

"Saya lihat sendiri ribut datang dari arah tebing Sungai Pahang melanda rumah kami lalu menerbangkan atap dan khemah majlis perkahwinan anak saudara saya yang berlangsung Sabtu lalu.

"Saya lihat air hujan membentuk 'ombak' ditiup ribut lalu menghentam dan menghempas empat khemah yang berada di pekarangan rumah," katanya.

Shamsudin berkata, semasa kejadian, lima anak dan anak saudaranya sedang mengemas kerusi meja majlis kahwin di halaman rumah mereka.

Menurutnya, sebaik ribut mengganas, semua yang sedang mengemas dipaksa berlindung dalam rumahnya.

"Saya sempat memanggil anak dan cucu yang berada di luar rumah, sebaik sahaja mereka berlindung, sekeping atap zink melayang ke arah mereka," katanya.

Shamsudin berkata, manakala sebanyak dua khemah milik Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) melayang di kedua-dua belah rumahnya.

"Satu khemah terbang ke belakang rumah, satu lagi tersangkut pada pokok mangga di sebelah rumah. Keadaan ribut berterusan lebih 20 minit," katanya.

Shamsudin berkata, akibat kejadian itu, dia dan anak saudaranya mengalami kerugian lebih RM6,000 untuk membaik pulih kerosakan pada bahagian bumbung.

Sementara itu, seorang penduduk, Anuar Samah, 45, berkata, ribut yang melanda kelmarin dianggap paling dahsyat dan pelik.

Menurutnya, walaupun tiada penduduk kampung cedera, tetapi bunyi deruan angin yang kuat dengan membawa sampah dan ranting kayu sangat menakutkan.

"Pernah berlaku ribut di kampung ini beberapa tahun lalu, tetapi bentuk angin yang datang berpusing-pusing. Tidak seperti ribut semalam, angin yang datang seperti ombak.

"Kami lihat sendiri bagaimana ribut itu mula menghempas rumah kami kerana ia datang dari kawasan lapang sebelum menghentam rumah. Ini adalah pengalaman paling menakutkan, ia berlaku ketika cuaca panas dan hujan renyai-renyai. Hujan tidak lebat sangat tetapi petir amat menakutkan," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan, Abdul Halim Ishak ketika ditemui berkata, daripada sembilan rumah yang rosak, hanya satu mengalami kerosakan teruk.

Menurutnya, pemilik rumah perlu menggantikan empat hingga enam atap zink yang diterbangkan ribut.

"Beberapa agensi kerajaan dan wakil Pejabat Tanah Daerah Temerloh sudah meninjau dan melakukan pemeriksaan untuk menguruskan pemberian bantuan kepada pemilik rumah. Pejabat Ahli Parlimen Temerloh juga menghulurkan bantuan segera sebanyak RM200 setiap keluarga yang mengalami kerosakan pada bumbung rumah.

"Saya harap semua yang terbabit bersabar sementara menunggu mana-mana bantuan kerajaan yang akan disalurkan kepada mereka nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved