Rabu, 1 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa sempat mengucap

Posted: 31 May 2011 05:00 PM PDT

Mangsa sempat mengucap PASIR MAS – Jeritan seorang bilal menenggelamkan suasana sunyi di Sungai Kelantan, Kampung Galok Chetok apabila perahu yang dinaiki tenggelam dipukul air sungai, jam 12 malam kelmarin.

Bilal, Aziz Husin, 63, keluar bersama rakannya, Hasan Addul Ghani, 25, pada jam 10.30 malam, untuk menjala ikan, namun pukulan air sungai yang kuat menyebabkan air memenuhi ruang sampan dan menenggelami sampan mereka.

Aziz berkata, dia menjerit sekuat hari menyuruh rakannya, untuk mengucap apabila mangsa kelihatan tenggelam timbul dipukul ombak sungai.

"Saya sempat bertaut pada sebatang buluh berdekatan perahu dan menyuruhnya mengucap. Dia sempat mengucap, namun selepas itu, dia terus tenggelam," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Ghani Saad, 63, terkedu apabila kepulangannya dari Pahang mengundang berita mengenai kehilangan anak lelakinya yang dikhuatiri lemas.

Abdul Ghani berkata, dia yang tiba di rumah jam 11.45 malam terkejut apabila penduduk kampung memberitahu mengenai anak ketujuh dari 10 beradik itu, lemas di sungai berdekatan.

"Saya tidak menyangka perubahan anak saya, yang sebelum ini agak pendiam, berubah dan banyak bercakap, lebih-lebih lagi mengenai kematian.

"Sebelum ini juga dia jarang menghadiri majlis keraian di kampung, namun kelmarin, dia begitu bersemangat untuk bertemu penduduk kampung dan saudara-mara di sana," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Ghani berkata, sudah menjadi kebiasaan jika ada masa terluang, dia pasti keluar menjala bersama rakan atau penduduk kampung ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohamed Adenan Said berkata, seramai 12 anggota skuba jabatan bomba dan penyelamat Kelantan bersama lima anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

"Kita sudah menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejauh satu kilometer dari tempat kejadian, bermula jam 9 pagi namun tidak menemui mangsa," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved