Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT India menyambut hari kemerdekaan yang ke 64 minggu lepas. Sama tua dengan Anwar Ibrahim adalah demokrasi yang terbesar di seluruh alam. Masa parti Kongres memerintah tamat 2014, Barisan Nasional/Umno 2013. Kedua-dua pilihan raya umum mungkin berlaku lebih awal. Di Malaysia mungkin kesaat akhir! Sonia Gandhi kelahiran Itali, pemalu, tidak suka menonjolkan diri adalah balu Perdana Menteri Rajiv Gandhi yang dibunuh, menantu Perdana Menteri Indira Gandhi yang juga diassassinasikan adalah Presiden Parti Kongres yang antara pengasasnya moyang Rajiv. Tok Rajiv, Pandit Nehru Perdana Menteri India yang pertama. Kini Sonia gering. Sedang berehat di Amerika Syarikat (AS) selepas pembedahan (operations) yang berjaya di sebuah hospital yang dirahsiakan juga penyakitnya. Di India, kesihatan pemimpin politik juga status perkahwinan, sex life adalah 'off-limits' yakni tidak menjadi isu seperti kelaziman di Barat. Di negara kita pula seks, kesihatan, private lives kalau pun tidak menjadi isu besar seperti di Barat tidak juga macam India! Dalam pemerhatian saya, penyakit barah sosial dan kurang iltizam wujud di India dan di negara kita: rasuah di merata dan di semua peringkat. Pemimpin anti rasuah India Anna Hazare, yang ditahan kerana memimpin gerakan demonstrasi anti rasuah, telah dibebaskan. Jangan-jangan pula selepas demonstrasi Bersih ada 'copycat' demonstrasi antirasuah. Rasuah isu teragung dan wajar dikendali dan dihapuskan atau paling minima dikurangkan secepat mungkin. Di India, parti pembangkang mengganggu sesi parlimen yang sedang bersidang dengan lakonan protes (theatrical protests) meluah perasaan benci, dendam kesumat yang mendalam dan lama terhadap menteri dan pemerintah. Suasana diperkuatkan oleh satu poll nasional yang kesimpulannya: kredibiliti pemerintah (Parti Kongres dan sekutunya) telah menurun, rosak kerana beberapa skandal besar. Pengkritik, sekutu dan penyokong pemerintah pula mengadu tentang wujudnya vacuum (kekosongan) dalam kepimpinan parti dan pemerintah. Tiada arah hala tuju, tanpa semangat yang ketara dan memberangsangkan. Tiada iltizam di kemuncak kepimpinan. Sepatutnya Sonia jadi PM tetapi dia terang Speaking, 'shrewd by not appointing herself PM though she has twice delivered power to the Congress – dia politikus pintar mempunyai pertimbangan betul tidak jadi PM walaupun dia dua kali memenangi pilihan raya umum bagi partinya'. Bayangkan jika situasi sama wujud di Malaysia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan