Ahad, 21 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pemandu, penunggang maut

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pemandu, penunggang maut JELI- Dua maut dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan dan satu motosikal di Kilometer 88.3 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik dekat Gemang jam 8.10 pagi semalam.

Mangsa, Zazemi Mat Yusof, 27, pemandu kereta jenis Kancil dan penunggang motosikal, Aniq Arshad Mohd Roseli, 18, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kereta dan motosikal yang datang dari arah Tanah Merah menuju ke arah Gerik bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Ketua Polis Dearah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, kejadian berlaku apabila kereta Kancil yang dipandu Zazemi terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Apabila nampak kereta tersebut masuk ke laluan bertentangan, lori yang datang dari arah Gerik itu lalu membunyikan hon dan cuba mengelak. Namun tidak sempat sehingga bertembung dan terseret ke sebelah kanan jalan, penunggang motosikal yang berada di belakang kereta itu turut terbabit.

"Pemandu kereta dan penunggang motosikal disahkan maut di tempat kejadian kerana kecederaan serius manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Che Engku Chik berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.06 minit dan sampai ke tempat kejadian enam minit kemudian.

"Operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Kancil agak sukar kerana kereta remuk dan terperosok bawah lori. Hampir 20 minit kami berusaha menarik keluar kereta dan mangsa dari dalam kereta setelah tersepit daripada paras pinggang ke bawah.

"Bagaimanapun, dengan sembilan anggota bomba dan enam anggota bomba sukarela bersama dua buah jentera, operasi menyelamat berjalan dengan lancar," katanya.

Isteri kepada arwah Zazemi, Zanariah Mohd Zamri, 25 ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Jeli kelihatan masih bersedih dan terkejut dengan kejadian tersebut.

"Arwah suami merupakan seorang tentera sebelum ini bertugas di Sungai Petani, baru dua bulan berkhidmat di Kelantan. Malam kelmarin dia baru pulang dari Kuala Lumpur atas urusan kerja dan pagi semalam dia keluar dari rumah dengan menaiki kereta Kancilnya menuju ke Banding.

"Arwah memang minat mencari ikan, jadi dia berhasrat untuk ke Banding namun hasratnya tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan," katanya.

Menurut Zanariah, arwah merupakan seorang suami dan ayah yang baik buat anak tunggal mereka, Nur Zakirah Najwa, 3.

"Sukar untuk terima kenyataan ini namun saya harus tabah hadapi dugaan kerana masih mempunyai anak dan keluarga yang sentiasa memberikan semangat.

"Tidak banyak perubahan yang ditunjukkan arwah namun sebelum ini kami sempat membeli baju raya untuk anak," kata Zanariah.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved