Ahad, 21 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Laluan bahaya dikenal pasti

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Laluan bahaya dikenal pasti IPOH – Bagi memastikan penurunan kes kemalangan pada musim cuti perayaan Aidilfitri, polis telah mengenal pasti beberapa lokasi di negeri ini yang didapati kerap berlaku kemalangan maut.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, seramai 234 anggota polis trafik ditempatkan di lokasi berkenaan sempena Ops Sikap ke-24 yang bermula 22 Ogos hingga 16 September.

"Laluan tersebut ialah Jalan Ipoh-Simpang Pulai, Ipoh-Teluk Intan, Ipoh-Butterworth, Jalan Sitiawan-Taiping, Ipoh-Kuala Lumpur dan Teluk Intan-Hutan Melintang.

"Lokasi lain adalah Seri Manjung-Simpang Lekir, Sitiawan-Teluk Intan, Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli dan Ipoh-Taiping," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya mensasarkan penurunan kemalangan sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu di negeri ini melalui Ops Sikap ini.

"Ops Sikap ke-22, kita berjaya menurunkan kadar kemalangan sebanyak lima peratus dan tahun ini kita optimas sasaran yang sama akan dicapai," katanya,

Ops Sikap ke-24 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini akan dilancarkan di seluruh negara oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin ini.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved