SH |
Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT Jaga sensitiviti
umat Islam
BANDAR TEMERLOH - Isu gerai menjual daging khinzir di belakang pasar besar, dekat sini, masih menjadi bualan hangat dalam kalangan umat Islam yang mengunjungi pasar itu setiap hari.
Masalah gerai menjual daging khinzir itu pernah disiarkan akhbar ini pada Februari 2010. Dalam laporan itu, Sinar Harian mendapatkan maklum balas daripada bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Datuk Zulkifli Yaakob. Zulkifli berkata, pihak MPT sedang menunggu peruntukan untuk membina gerai menjual daging khinzir itu berjauhan daripada pasar besar itu pertengahan 2010. Namun, sehingga kini gerai menjual daging khinzir itu dilihat masih beroperasi dan orang ramai minta supaya MPT segera mengalihkan gerai terbabit. Aktivis masyarakat, Zainor Rashid Abdullah, 50, berkata, sepatutnya MPT sudah membina gerai tersebut berjauhan daripada pasar besar itu seperti yang dikatakan. Menurutnya, gerai itu tidak seharusnya berada dalam kawasan pasar besar walaupun ia terletak di bahagian belakang. "Kita perlu peka pada sensitiviti umat Islam yang lalu lalang di belakang pasar itu mencari kawasan parkir kereta. "Diharapkan MPT dapat segera membina gerai menjual daging khinzir itu berjauhan daripada pandangan umat Islam," katanya. Suri rumah, Jamilah Mohamed Jantan, 34, berkata, sebagai suri rumah tangga sudah pasti dia akan ke pasar itu setiap dua atau tiga hari untuk mencari lauk dan sayuran. Menurutnya, setiap kali melalui belakang pasar itu dia terasa loya dan tidak mahu memandang ke arah gerai menjual daging khinzir itu. "Kita harap sangat MPT mengambil tindakan segera memindahkan pasar itu kerana ia sudah lama beroperasi. "Jika ia dipindahkan pasti memberikan keselesaan kepada orang ramai terutama umat Islam untuk mencari lauk di pasar itu," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan